8 Idea Hiasan Dinding Ruang Tamu Untuk Menjadikannya Wow

6,424 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah sudah ada, tetapi anda buntu untuk mencari idea untuk menghias dinding ruang tamu? Permukaan dinding yang luas serta kosong membuatkan suasana rumah anda tidak menarik. Kan seronok jika mempunyai hiasan dinding ruang tamu atau di mana-mana ruang yang kosong, pasti rumah anda akan lebih menarik. Kali ni kami akan kongsikan idea untuk hiasan dinding rumah tamu di rumah anda.

Contoh Idea Yang Menarik Untuk Hiasan Dinding Ruang Tamu Di Rumah Anda

Menggantung Karya Seni Yang Besar

Menggantung karya seni atau apa sahaja berkaitan dengan gambar yang bersaiz besar pasti memberi kelainan kepada dinding kosong di ruang tamu anda. Saiz yang besar akan meningkatkan lagi fokus utama pada ruang tamu. Untuk hasil yang luar biasa, anda perlu teliti dalam mencari idea dan kombinasi  warna, tekstur dan daya tarikan visual yang unik untuk ruang tersebut.

Kelebihan juga kepada orang yang sudah mempunyai kemahiran seni, anda boleh menggunakan kemahiran anda untuk membuat satu lukisan yang besar dan boleh memberi inspirasi kepada tetamu yang akan datang ke rumah anda.

Hiasan dinding ruang tamu
Gambar dari Giri Designs 

Galeri Dinding Grid

Untuk idea ini iaitu galeri dinding menggunakan susunan grid. Susunan grid menampakkan karya seni anda yang tersusun dan kemas. Untuk idea ini sangat sesuai jika anda mempunyai karya seni yang lama disimpan dan menyusunnya mengikut susunan grid supaya ia kelihatan lebih menarik dan teratur. Lebih menarik lagi jika susunan grid ini dihiasi dengan hiasan dinding seperti wainscoting. Ia akan memberikan suasana mewah dan elegan di dalam rumah anda.

Gantungkan cermin besar

Jika anda seorang yang kurang gemar mengantung hasil lukisan karya seni, anda boleh menggantungkan cermin sculpture yang unik untuk menghiasi dinding ruang tamu yang kosong atau di ruang makan. Cermin ini boleh menjadikan ruang tamu anda kelihatan luas. Pemilihan cermin sculpture yang menarik perhatian tetamu yang bertandang dan memberi keunikan kepada ruang tamu anda.

Hiasan dinding ruang tamu
Gambar dari Homary.com 

Wallpaper

Idea wallpaper merupakan idea yang paling popular di kalangan pemilik rumah. Untuk anda yang baru sahaja duduk di rumah sendiri, idea sangat sesuai jika anda baru nak belajar deko rumah. Yang penting, kombinasi corak dan warnanya sesuai dengan gaya yang menjadi inspirasi deko anda. Cadangan kami, pemilihan warna dan corak yang natural seperti marble dapat memberikan suasana ruang tamu rumah anda kelihatan mewah.

Hiasan dinding ruang tamu
Gambar dari Coloritto

Almari Buku

Kadang-kadang, menggantung karya atau gambar di dinding sahaja tidak cukup untuk memenuhi ruang yang ada di dinding tersebut. Cuba pertimbangkan untuk meletakkan sebuah almari buku yang tinggi sehingga mencecah siling rumah anda. Letakkan beberapa buku dan objek kegemaran anda supaya ia menjadi titik tumpuan untuk ruang tamu anda.

Rak Terapung (Floating Shelf)

Satu lagi idea yang sangat menarik untuk mengisi ruang kosong pada dinding ruang tamu ialah memasang rak terapung. Anda boleh meletakkan pokok kecil yang comel di atasnya atau meletakkan beberapa bingkai gambar kenangan untuk mengisi rak tersebut.

Hiasan dinding ruang tamu
Gambar dari SONGMICS 

Ruang TV

Ruang dinding yang luas juga sesuai untuk dijadikan tempat menonton filem bersama keluarga. Lekatkan TV anda di dinding menggunakan TV bracket supaya kukuh. Hiaskan kawasan tersebut dengan perabot dan sedikit hiasan untuk nampak lebih menarik. Untuk meningkatkan tahap keseronokan ketika menonton filem, sistem pembesar suara yang bagus juga amat penting untuk mendapat pengalaman yang sama ketika menonton di pawagam.

idea deco ruang tv
Gambar dari IKEA 

Pokok Hiasan Dinding

Anda seorang yang menyukai pokok? Letakkan pokok hiasan hidup atau tiruan pada dinding yang kosong, pasti dinding anda nampak lebih hidup. Sekiranya anda memilih pokok hiasan hidup, anda harus memilih kayu palet yang bersesuaian dengan pokok supaya ia tidak bocor ketika menyiram atau menyembur air kepada pokok tersebut.

Hiasan dinding ruang tamu
Gambar dari Huminger Studio 

Itu sahaja perkongsian tentang hiasan dinding ruang tamu pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down