Idea Bernas Untuk Membuat Mini Closet Room Modal Bajet

1,088 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mencari idea bagaimana untuk melakukan sebuah bilik khas yang merangkumi iron board dan juga tempat untuk sangkut baju? Korang boleh melihat idea yang bernas dilakukan oleh Yunos Musa dalam melakukan sebuah ruang mini closet room yang cantik ini.

Didalam sebuah bilik tersebut boleh dikatakan bilik untuk menyimpan baju dan pada masa sama nak menggosok baju dengan adanya ironing board yang boleh dilaraskan. Idea ini sememangnya sesuai untuk kesemua saiz bilik mahupun yang besar dan juga kecil.

Hasil idea ini boleh dilihat sangat membantu untuk mereka yang mencari idea melakukan bilik sebegini juga dirumah. Jom kita lihat bagaimana Yunos Musa membuat bilik ini dengan hanya modal yang bajet sahaja.

Idea Yang Bernas Dalam Membuat Mini Closet Room Di Rumah Bermodalkan Bajet Rendah

Mini Closet Room

Nak share jugak hasil tukang hari ini. Gantung Rak Kabinet, Wall Iron Board & Ruang Sangkut Pakaian. Saye memg suka gantung rak/peralatan rumah sebab nak jimat ruang dan nampak lebih kemas.

Dengan kos kurang dari RM200 anda boleh ubahsuai bilik kecil/ stor anda menjadi sebuah closet room.

Hasil dari nasihat dan pandangan otai2 saye telah membuat penambahbaikan pada wall rack cabinet dgn menambah pelapik kayu di bawah rak dan penambahan wall bracket atas faktor keselamatan.

Barangan Yang Digunakan Dalam Membuat Mini Closet Room

Idea Bernas Dalam Melakukan Deko Mini Closet Room Di Rumah

Rack yang saya gunakan ni agak ringan sebenarnye. Seorang pun boleh angkat ketiga2 rack ni sekaligus.

Mini Closet Room

Iron board agak kukuh dan kuat bila melekat di dinding.

Square bar dan hook hanger boleh tambah ikut keperluan. Kalau nak gantung baju kecil boleh tambah lagi banyak. Upright railing tu kalau nak lagi kukuh boleh tambah lagi tapi saya gune 3 je.

Tu pun dah cukup kuat untuk melekat kat dinding. Shelf rack tu pun boleh tambah lagi kalu nak jadikan rak bertingkat.

Mini Closet Room

Saya guna skru untuk cantumkan ketiga2 rak. Nampak lebih kemas.

Iron board lepas guna boleh lipat rapat ke dinding. Jimat ruang sangat2. Bilik kembali jadi luas.

Mini Closet Room

Lepas iron boleh terus sangkut baju. Senang kerja. Baju yang perlu di iron makin banyak sebab anak2 yang bersekolah dah makin ramai.

Jimat ruang. Banyak baju boleh digantung. Kalau susun rapat2 satu-satu hook hanger ni boleh gayut lebih sepuluh baju.

Improvise. Saya tambah wall bracket untuk keselamatan dan lapik papan keras di bawah rak untuk elak rak dari melendut dan tahan lebih lama.

Mini Closet Room

Iron board lebih kuat dan kukuh. Selamat digunakan oleh kanak2.

Kredit : Yunos Musa

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down