5 Kesalahan Besar Renovate Rumah Baru

3,412 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kita sering melihat orang menghasilkan ubahsuai rumah dan mungkin terdetik untuk melakukan ubahsuai seperti itu juga. Tujuan proses ubahsuai dilakukan adalah untuk memberikan nafas baru supaya ianya kelihatan lebih menarik.

Namun, sebelum melakukan ubahsuai, sebolehnya kita perlu mengetahui terlebih dahulu apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya kesilapan semasa melakukan ubahsuai rumah.

Untuk mengetahui apakah kesalahan besar yang sering dilakukan oleh pemilik rumah boleh teruskan bacaan di bawah ini.

5 Kesalahan Besar Renovate Rumah Baru Dibeli

  1. Tak Buat Wiring Dahulu

Rasanya masih ramai yang tidak begitu peka terhadap perkara ini. Kebanyakan orang akan melakukan wiring selepas ubahsuai selesai dilakukan, betul tak?

Kesalahan Besar Renovate Rumah Baru

2. Cat Lebih 2 Warna

Jika penggunaan cat pada bahagian dalaman rumah melebihi 2 warna. Ia memang tidak begitu disarankan.

Kesalahan Besar Renovate Rumah Baru

3. Tidak Periksa Defect/Kecacatan Rumah.

Sangat perlu kita memeriksa terlebih dahulu pada bahagian dinding. Jika tidak, berkemungkinan terdapat kesan defect yang mampu mendatangkan isu kerosakan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.

Buktinya boleh lihat dalam gambar di bawah ini.

Kesalahan Besar Renovate Rumah Baru

4. Terus Pilih Quotation Paling Murah.

Pemilihan quotation sangat membantu kita dalam menghasilkan ubahsuai. Kalau boleh, cari yang paling murah dan boleh dipercayai. Boleh dikatakan masih ramai pada masa kini ditipu oleh kontraktor dan hanya melakukan ubahsuai separuh jalan sahaja.

Kesalahan Besar Renovate Rumah Baru

5. Simpan Resit Bayaran.

Segala resit pembayaran yang telah dibuat semasa menghasilkan ubahsuai, kalau boleh jangan terus buang. Seeloknya disimpan bagi mengelakkan isu yang tidak di ingini di kemudian hari.

Itu sahaja perkongsian beberapa tips dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dan mengambil langkah yang betul untuk melakukan renovasi rumah.

Semoga bermanfaat.

Kredit: @Nadiah Home

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down