Jika anda tidak mempunyai katil di dalam bilik tidur, jangan risau! Terdapat beberapa idea deko bilik tidur tanpa katil dan tidak memerlukan bajet yang banyak pun.
Bilik tidur tanpa katil mungkin sesuai jika bilik tidur anda mempunyai ruang yang terhad.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu dititikberatkan, sebagai contoh anda perlu sentiasa bersihkan bilik tidur anda dan pastikan tidak mempunyai habuk kerana tilam anda sangat dekat dengan lantai dan kemungkinan akan menjadi permasalahan lain seperti masalah pernafasan sekiranya bilik tidur anda mempunyai banyak habuk dan kotor. Selain itu, anda juga perlu elakkan memasang cadar berwarna putih kerana ia mudah kotor.
Tambahan lagi, anda juga perlu berhati-hati dengan serangga di dalam bilik tidur anda. Pastikan bilik tidur anda bebas daripada serangga kecil dan pastikan bilik tidur anda sentiasa bersih dan selesa. Disini kami telah kumpulkan beberapa idea untuk deko bilik tidur simple tanpa katil untuk anak perempuan, anak lelaki, tilam single dan tilam queen.
Anda boleh gunakan kayu sebagai platform untuk letak tilam supaya ia tidak bergerak dan stabil. Dekorasi ini sangat sesuai untuk bilik anak perempuan anda. Sangat simple dan kemas walaupun ruangnya agak terhad. Anda juga boleh hias tilam anak anda dengan bantal-bantal kecil supaya nampak lebih menarik dan selesa.
Jika anak perempuan anda peminat warna pink, ia juga sesuai jika anda padankan dengan warna hitam. Nampak elegant dan cantik. Anda juga boleh hamparkan permaidani yang lebih besar daripada tilam untuk mencipta ilusi luas.
Untuk menjimatkan ruang, anda juga boleh pasangkan rak pada dinding untuk letakkan hiasan atau buku-buku anak anda.
Gabungan warna putih dan ungu juga sesuai untuk anak perempuan anda. Ia menjadikan ruang bilik nampak feminin dan lembut. Tilam di atas lantai adalah lebih selamat untuk kanak-kanak dan anda tidak perlu risau lagi sekiranya anak anda jatuh daripada katil. Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidur asing dengan ibu bapa mereka.
Anda juga boleh deko bilik tidur simple tanpa katil untuk anak perempuan anda dengan tempat bermain atau tempat belajar. Tentu anak anda lebih bersemangat dan lebih seronok.
Selain itu, untuk deko bilik tidur simple tanpa katil untuk anak lelaki pula anda boleh gunakan tema hitam putih. Ia nampak lebih sesuai untuk anak lelaki. Anda juga boleh penuhkan dinding dengan hiasan-hiasan yang menarik supaya bilik tidur anak anda kelihatan lebih cantik.
Walaupun bilik tidur agak sempit, tilam di atas lantai akan menjadikan ruang anda kelihatan luas dan lebih selamat jika anak anda tidur berasingan. Tema biru putih ini juga sesuai untuk bilik tidur anak lelaki. Nampak tenang dan luas je, kan?
Selain daripada tambah hiasan pada dinding, anda juga boleh tambah kelambu sebagai hiasan atau boleh juga pasangkan kelambu pada sekeliling tilam supaya anak anda selesa untuk tidur malam tanpa gangguan nyamuk.
Anda juga boleh tambahkan meja sisi dan letakkan lampu tidur untuk menjadikan ruang tersebut kelihatan lebih menarik dan cantik.
Sekiranya anda ingin menjimatkan ruang dan mempunyai katil queen, kami sarankan untuk menggunakan tilam di atas lantai tanpa katil kerana ia akan menjadikan ruang tersebut nampak lebih luas dan selesa.
Serikan bilik tidur anda dengan tumbuhan hijau sama ada tumbuhan hidup atau palsu. Ia akan menjadikan ruang bilik tidur anda lebih ceria dan tidak suram.
Dengan meletakkan tilam di atas lantai, ia boleh mencipta suhu yang lebih kondusif untuk tidur. Selain itu, cadar dan tilam anda akan kekal sejuk sepanjang malam sekali gus mengelakkan ketidakselesaan terlalu panas semasa tidur.
Salah satu faedah utama tilam di atas lantai adalah ia menawarkan sokongan lumbar yang lebih baik daripada katil yang mempunyai kaki. Hal ini kerana, tilam anda berada pada permukaan yang lebih kukuh dan kemungkinan ia akan kurang melengkung ke dalam semasa berbaring di atasnya.
Ini membolehkan tulang belakang anda dapat mengekalkan postur badan semula jadi dan sekaligus dapat mengurangkan ketegangan padanya.
Anda juga boleh gayakan bilik tidur anda mengikut citarasa anda sendiri. Penggunaan tilam di atas lantai mula digunakan pada zaman kini dan ia akan menjadikan bilik tidur anda kelihatan lebih futuristik dan bergaya walaupun simple.
Anda juga boleh hias bilik tidur anda dengan hiasan di dinding dan tumbuhan hijau untuk menaikkan lagi seri di dalam bilik. Tidur di atas lantai juga akan mewujudkan perasaan tenang dan sekaligus membantu anda untuk tidur elebih lena.
Anda juga boleh susun tilam anda pada tepi dinding supaya tilam anda tidak menghalangan laluan di dalam bilik tidur.
Anda juga boleh deko bilik tidur simple tanpa katil dengan hiasan tambahan yang lain seperti lampu fairy light dan sebagainya.
Katil montessori adalah tilam di atas lantai yang digunakan oleh kanak-kanak untuk membolehkan mereka berdikari dan memberikan persekitaran yang selamat kepada mereka.
Tatami adalah tikar yang diperbuat daripada jerami padi manakala futon adalah sejenis tilam single yang ringan, boleh dilipat dan diletakkan di atas tikar tatami. Orang jepun lebih suka menggunakan futon dan tatami adalah kerana ia dapat menjimatkan ruang dan mudah untuk di bawah ke mana-mana.
Kesimpulannya, anda tidak perlu risau jika bilik tidur anda tidak mempunyai katil. Dengan menggunakan tilam di atas lantai, anda bukan sahaja dapat menjimatkan bajet anda malah dapat menjimatkan ruang di dalam bilik tidur anda. Walaupun ia agak simple namun anda boleh hias dan gayakan bilik tidur anda dengan hiasan dan perabot yang dapat menjadikan bilik tidur anda menarik.