Sudah menjadi impian semua orang untuk memiliki rumah sendiri, tidak kira bujang ataupun sudah berkahwin. Namun, bagi individu bujang, mereka tidaklah terlalu memberi fokus untuk membeli rumah terlebih dahulu.
Berbanding dengan individu yang telah berkahwin, perkara pertama yang mereka fokuskan adalah untuk memiliki rumah sendiri. Perkongsian pada kali ini adalah daripada Asha Fadhilah. Beliau telah berkongsi satu idea dekorasi rumah banglo 2 tingkat yang cukup unik dan menarik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Pandangan bahagian luar rumah.
Keadaan dalaman rumah pada bahagian ruang tamu. Konsep dan tema warna yang digunakan adalah putih, kelabu dan hitam.
Konsep dekorasi pada ruang makan.
Dekorasi pada ruang rehat dengan susunan barangan yang menarik dan kemas. Pada bahagian dinding pula digayakan dengan grand mirror sederhana sesuai dengan keadaan rumah.
Dekorasi pada laluan ke bahagian dapur.
Keadaan dapur setelah diubahsuai. Bahagian dapurnya begitu kemas dan tersusun rapi.
Dekorasi pada bahagian bilik tidur utama. Konsep warna yang digunakan juga adalah sama.
Keadaan bilik tidur anak.
Akhir sekali, pada bahagian tandas pula digabungkan dengan ruang laundry. Ia bertujuan untuk menjimatkan ruang, sesuai untuk rumah ruang terhad.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk melakukan dekorasi rumah banglo dengan konsep sebegini.
Semoga bermanfaat.