Idea Dekorasi Rumah Teres Jenis Memanjang

7,263 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Semua pemilik rumah menginginkan untuk tinggal di dalam keadaan dan suasana rumah yang selesa dengan dekorasi mengikut citarasa sendiri. Tetapi, tidak ramai yang mempunyai bakat dan kelebihan dalam melakukan dekorasi rumah. Sekiranya anda tidak mahir dalam melakukan dekorasi, tidak salahnya kalau anda mengupah seseorang yang pakar dalam hal-hal dekorasi tersebut. Perkongsian pada kali ini adalah daripada seorang pereka dalaman rumah yang bernama Anis Syuhada. Perkongsiannya pula adalah mengenai idea dekorasi rumah teres jenis memanjang yang dipelbagaikan dan dijadikan 3 bahagian deko berbeza.

Jadi, jom sama-sama ikuti perkongsian penghasilan dekorasi yang cukup cantik dan menarik dari seorang pereka dalaman rumah ini.

Idea Dekorasi Rumah Teres Jenis Memanjang

Keadaan ruang tamu utama sebelum diubahsuai. Ruang rumah jenis memanjang memang kelihatan agak simple. Tetapi jika kena dengan cara dekonya, ia akan kelihatan sangat mewah dan menarik.

Dekorasi rumah teres jenis memanjang

Bahagian ruang tamu utama selepas selesai di deko.

Keadaan ruang tamu tempat bersantai sebelum diubahsuai. Ketika ini perabot belum dibawa masuk.

Keadaan bahagian ruang tamu setelah selesai di deko dengan membawa masuk perabot dan barangan lain. Apa yang membuatkan suasana rumah ini kelihatan ceria adalah disebabkan penggunaan tona warna yang sangat sesuai dan menimbulkan satu perasaan yang sangat tenang.

Bahagian ruang makan sebelum diubahsuai.

Keadaan ruang makan setelah selesai di deko.

Gambaran ruang makan dari sudut pandangan dekat.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk penghasilan deko rumah teres jenis memanjang yang cantik dan kelihatan mewah. Semoga bermanfaat untuk semua.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down