Hiasi Dinding Rumah Dengan Shiplap Grand Mirror

233 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mempunyai perhiasan dinding di rumah akan menimbulkan lagi suasana yang sangat menarik pada rumah itu. Grand mirror dan shiplap wall juga salah satu perhiasan dinding yang popular pada ketika ini. Untuk membuatnya ramai yang melakukan secara diy sahaja dirumah.

Tidak terkecuali kepada Aniey Sabri kerana memilih untuk hiasi dinding rumah iaitu shiplap grand mirror dengan cara yang kreatif dan hasil yang cantik. Untuk anda yang menginginkan sebuah dekorasi grand wall sekali dengan pakej shiplap wall boleh ikuti perkongsian daripada beliau ini.

Projek Hiasi Dinding Rumah Menggunakan Grand Mirror Dan Shiplap Wall Yang Cantik

Percubaan dalam menyiapkan Grand Mirror dan Shiplap. Usaha gigih laki bini. Nak buatnya sehari je bleh siap (seharian siapkan GM seharian jugak siapkan shiplap) tapi dia punya ambik mood tu lama sungguh makan bulan la.

Alhamdulillah tercapai jugak impian nak bergrand mirror dan shiplap macam orang lain. Kerja amatur macam ni lah. Tq En suami Wan Ahmad Sabri berpenat lelah tunaikan impian binimu. Insyaallah next projek nak cuba buat batten plak kat hall atas dan dalam bilik. Harap2 menjadi la.

Ini rupa sebelum melakukan proses grand mirror di ruang makan keluarga beliau.

Hiasi Dinding Rumah

Ini rupa selepas lengkap memasang grand mirror. Hasil yang sungguh menarik dan cantik dengan pemilihan warna yang terang dan cerah membuatkan ruang makan ini lebih menyamankan. Kemasan wainscoting di sekitar grand mirror juga menambahkan lagi suasana kemewahan itu.

Hiasi Dinding Rumah

Ini rupa sebelum memasang shiplap pada dinding di sebelah ruang makan keluarga.

Hiasi Dinding Rumah

Ini hasil selepas selesai pemasangan shiplap pada dinding di sebelah ruang makan keluarga. Nampak perbezaan sebelum dan selepas pemasangan shiplap yang kelihatan lebih cantik dan sangat menenangkan ketika meluangkan masa bersama keluarga.

Hiasi Dinding Rumah

Kredit : Aniey Sabri

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down