5 Idea Hiasan Dinding Islamik Bawah RM2K

948 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Suatu ketika dulu pesona kesenian Islam hanya dapat dinikmati di masjid-masjid dan muzium kesenian Islam. Jarang-jarang pemilik rumah memilih konsep deko Islamik untuk keseluruhan rumah mereka. Mihrab jarang-jarang ditemui di rumah-rumah milik tempatan.

Jika ada pun, ianya terhad kepada menggantung frame khat daripada kalimah Allah, Muhammad dan ayat-ayat lazim.

Namun, revolusi hiasan dalaman atau deko konsep Islamik ini semakin pesat sejak pandemik dan PKP di Malaysia. Faktor keterbatasan untuk melaksanakan ibadah solat di masjid, membuatkan ramai rindu pada suasana masjid dan surau.

Maka, pemilik rumah Malaysia semakin kreatif mengolah dekorasi rumah mereka dengan menerapkan ciri-ciri Islamik seperti kaligrafi, corak geometri dan juga motif floral sebagai hiasan dinding rumah mereka.

Dekorasi dalaman rumah berkonsep Islamik sebegini, sudah pasti dapat membuatkan suasana kediaman anda lebih tenang dan sejuk mata memandang. Kini, ruang solat di rumah semakin selesa dan suasana 'surau' membantu untuk fokus kepada ibadah solat dan mengaji.

Hiasan Dinding Islamik Tidak Dibatasi Ruang

Hiasan dinding Islamik biasanya dihasilkan pada bahagian ruang solat sahaja. Namun, itu bukan bermakna ruang lain seperti ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur tidak boleh diterapkan dengan konsep sebegini.

Ada segelintir pemilik rumah mahukan seluruh kediaman rumah mereka dihiasi dengan corak dinding panel seperti ini. Hal ini kerana, ianya mampu menimbulkan satu perasaan yang damai dan tenang sewaktu berada dalam rumah.

5 Contoh Hiasan Dinding Islamik Bawah RM2k Untuk Rumah Malaysia

Seperti yang dijanjikan, berikut merupakan 5 contoh idea hiasan dinding Islamik yang menggunakan material jenis Celuka berserta harga di bawah ini.

Hiasan Dinding Islamik
Deco Ruang Solat (RM 1580)
Hiasan Dinding Islamik
Deco Ruang Solat (RM 1700)
Hiasan Dinding Islamik
Deco Ruang Solat (RM 980)
Deco Ruang Makan (RM 980)
Hiasan Dinding Islamik
Deco Ruang Tamu (RM 950)

Ketebalan semua patern adalah 10mm.

Corak sebegini biasanya menggunakan material jenis PVC Celuka foam board atau dengan panggilan mudah ialah Celuka.

Kenapa Celuka Menjadi Pilihan?

Teknologi material ini berasal dari Jerman di mana ia digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam banyak sektor pembinaan, industri, perabot dan juga pengangkutan.

Penggunaan material jenis Celuka ini bagi menghasilkan dekorasi rumah dan hiasan dinding Islamik terbukti lebih tahan lasak dan selamat digunakan dalam pelbagai faktor. Hal ini kerana, PVC Celuka ini kalis kelembapan dan tahan cuaca panas.

Selain itu, faktor ringan dan mudah dialih juga memainkan peranan yang besar.

Kerja-kerja pemasangan hiasan dinding Islamik menjadi sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Kos yang perlu dikeluarkan juga sangat berpatutan dan berbaloi dengan nilai yang ditawarkan.


Anda berminat untuk hasilkan dekorasi dinding rumah berkonsepkan Islamik seperti ini?

Dapatkan katalog dan maklumat lanjut untuk hiasan dinding Islamik ini di: https://bit.ly/NakBeli11

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down