Dekorasi Ruang Solat Kecil Yang Cantik Dilakukan Di Rumah

649 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah perlu adanya sebuah ruang solat kecil yang cantik dengan dekorasi yang mampu menaikkan seri ruangan tersebut. Dengan adanya ruang khas solat ini, kita dapat solat dengan tenang serta tetamu yang datang juga dapat solat daripada gangguan suara yang bising.

Jom kita tengok perkongsian daripada Siti Qisamni ini mengenai sebuah dekorasi ruang solat kecil yang cantik dilakukan oleh beliau. Hasil tersebut telah pun dikongsikan di dalam sebuah grup Facebook iaitu Kami Suka Deko Bajet. Mana tahu boleh dapat inspirasi daripada perkongsian beliau ini untuk melakukan deko ruang solat ini.

Wanita Ini Kongsikan Dekorasi Ruang Solat Kecil Di Rumah Beliau Yang Kelihatan Cantik

Alhamdulillah. Dari jaman dulu selalu berangan nak ada satu mini surau dalam rumah..kecil pun takpe,bajet pun takpe.

Deep dengan kata kata ustaz ustazah jika diizinkan ujud kan lah satu ruang ibadah didalam rumah kerana ada keberkatan.

Semoga deco simple ini memberi inspirasi kpd yang lain untuk cipta sudut ruang solat walau pun kecil INSHALLAH.

Deko dan Hasil Ruang Solat Kecil Sebelum Dan Selepas

Ini merupakan gambaran ruang solat kecil kami sebelum apa-apa deko dilakukan. Masa ni sedang melakukan proses wainscoting pada dinding tersebut. Gambar ni jer yang ada masa melakukan dekorasi pada ruangan ini.

Dekorasi Ruang Solat Kecil

Inilah dia pula gambaran ruang solat kecil kami ini yang dihiasi dengan macam-macam deko yang cantik.

Jam dinding azan ni sangat best. Jam dinding ni boleh beli di Shopee jer.  Sebelom masuk azan akan ada bacaan al-quran dan zikir. Sangat tenang.

Dekorasi Ruang Solat Kecil
Dekorasi Ruang Solat Kecil

Warna biru yang dipiih untuk bahagian solat ini adalah warna biru ini dapat memberikan ketenangan kepada kita semua.

Dekorasi Ruang Solat Kecil

Sangat cantik dekorasi ruang solat kecil yang dilakukan oleh beliau. Ruang solat ini sepatutnya ada pada setiap rumah supaya anda lebih senang untuk beribadah dan tidak ada gangguan lain.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Siti Qisamni

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down