Semua orang mengimpikan memiliki dapur yang cantik dan kelihatan mewah. Kalau diberi pilihan, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk dapur rumah kita sendiri.
Dengan adanya dapur yang kelihatan mewah dan menarik, ia akan membuatkan suri rumah lebih selesa sewaktu berada di dapur untuk memasak dan melakukan aktiviti dapur.
Itulah yang dilakukan oleh suri rumah ini yang bernama Shima Sharuddin. Beliau telah berkongsi satu idea makeover dapur lama yang dihasilkan berkonsepkan Gold and White.
Jom kita lihat ubahsuai yang dilakukan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Keadaan ruang dapur semasa proses ubahsuai dilakukan. Ia dimulakan dengan mengukur bahagian dinding dapur.
Pada bahagian pintu masuk dapur, beliau menggunakan konsep shiplap sliding door yang berharga lebih kurang RM5400 dengan menggunakan material MDF.
Untuk kitchen kabinet pula, ia bernilai RM26k (termasuk pull out accessories) material MDF.
Backsplash yang digunakan adalah dibeli dari kedai Jubin Cantik Kajang.
Pot filler itu dibeli dari penjual online sahaja. Untuk Hood dan hob kitchen pula dibeli dari One Living. Langsir tersebut jenama Romand blind dari One City Textile.
Tempat letak oven dan peti sejuk.
Keadaaan kabinet dapur setelah diubahsuai.
Tempat sinki dengan design yang sangat mewah.
Detail barangan yang dibeli :
Bahagian pintu masuk ke ruang dapur. Untuk kitchen cabinet ini beliau ambil contractor dari puchong.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca di luar sana. Selamat mendeko.