Rumah adalah tempat yang sangat penting untuk memastikan keluarga kita mempunyai tempat untuk berteduh. Walaupun rumah yang kita menghuni itu kecil dan kelihatan lama, faktor tersebut bukanlah menjadi penghalang untuk menghasilkan satu dekorasi rumah supaya kelihatan baru dan menarik semula.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita ini yang bernama Echaa Stella II. Beliau telah berkongsi satu idea ubahsuai kediaman lama itu jadikan lebih kelihatan mewah.
Jadi, jom kita ikuti penghasilan deco rumah yang menarik ini.
Nak buat wainscoting jenis kayu, tak ada siapa nak tolong, suami tak reti katanya. Buat sendiri saja la wainscoting tipu-tipu dan jimat. Semua ini saya buat sendiri sahaja tanpa bantuan suami, eh! ada sebenarnya, suami tolong saya cat. Nak tunggu dia buat sendiri lambat lagi.
Alhamdulilah Home Sweet Home. Walaupun rumah kecil sahaja tak seberapa asalkan keluarga kecilku ada rumah untuk berteduh.
Tema deko ikut citarasa sendiri.
Bahagian ruang tamu sebelum diubahsuai.
Bahagian ruang tamu selepas diubahsuai. Kerusi sofa juga ditukar baru.
Corak wainscoting dinding yang dihasilkan dilihat sangat premium seperti rumah mewah.
Bahagian ruang makan sebelum diubahsuai.
Bahagian ruang makan diubahsuai dengan pemasangan hiasan cermin pada dinding.
Laluan ke bilik sebelum diubahsuai.
Laluan ke bilik selepas diubahsuai.
Pintu bilik juga dideco dengan menggunakan wainscoting.
Bilik air selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi rumah menarik seperti ini. Selamat mendeco.