Projek Mencantikkan Dapur Lama Hanya Guna Wallpaper

4,003 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bagi memberikan nafas terhadap ruang dapur agar kelihatan menarik, ia tidak semestinya perlu melakukan proses pecahkan dapur. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah boleh dilakukan dengan hanya menggunakan wallpaper dan cat sahaja.

Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Izan Hussin. Disebabkan mahu menukarkan dapur kepada satu konsep yang baru. Beliau telah memilik untuk menghasilkan satu projek mencantikkan dapur lama tersebut hanya guna wallpaper dengan harga cukup bajet.

Jika mahu melihat bagaimana penghasilan dekorasi dapur tersebut. Boleh teruskan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek Mencantikkan Dapur Lama Dengan Cara Jimat Bajet

Bahagian dapur ini semua dipasang menggunakan wallpaper termasuk meja makan. Modal lebih kurang dalam RM250.

Deco jimat cara simple.

Bahagian dapur sebelum diubahsuai.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Konsep dapur sebelum ini lebih kepada dapur kampung klasik.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Kerja-kerja pemasangan wallpaper mula dilakukan. Wallpaper yang digunakan dibeli dari Shopee.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Proses ubahsuai sudah 80% hampir siap. Kerja-kerja pemasangan wallpaper sudah siap. Hanya tinggal mengecat bahagian dinding sahaja.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Seterusnya pula adalah sesi mengecat.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Inilah hasil ubahsuai bahagian dapur dengan menggunakan wallpaper. Selain dari menggunakan wallpaper jenis metallic, wallpaper brick hitam juga dibeli dari Shopee.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Pandangan lain bahagian ruang dapur setelah diubahsuai. Cukup simple tetapi sedap mata memandang.

Modal yang dikeluarkan juga berpatutan. Apa yang penting adalah kerajinan dan nekad dalam melakukan sesuatu ubahsuai.

Projek Mencantikkan Dapur Lama

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada pembaca di luar sana dalam cuba untuk deko dapur dengan cara bajet.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down