Sesiapa sahaja boleh jer nak menjadi kreatif dengan melakukan sebuah DIY ataupun hack yang jarang dibuat orang. Ramai jer masyarakat Malaysia ini yang kreatif kalau bab-bab benda ni. Macam diy ikea hack yang dilakukan oleh Mie Suhaimi ini.
Beliau berkongsikan sebuah diy menggabungkan meja linmon dan rak ikea lerberg. Hasilnya terjadinya sebuah meja study yang dilengkapi dengan rak buku 2 dalam 1. Kos yang dilakukan ini juga jimat berbanding beli yang dah siap pasang kat kedai mencecah hampir beratus ringgit Malaysia.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah meja linmon, rak lerberg, L bracket dan juga skru. Ada ja bahan ni semuanya akan menjadi. Jom kita tengok kreativiti yang dilakukan oleh beliau ini.
IKEA hack meja tulis + shelfs daripada IKEA lerberg shelf unit dan IKEA linnmon table. Sebenarnya meja ni buat masa PKP haritu, hujung bulan lepas masa nak pindah rumah dismantled dan bawa sekali. Memang portable.
Semalam pasang balik dkt tempat baru dibantu oleh pembantu setiaLayer ketiga shelf saya samakan level dengan meja, tapi bila pasang semula. Dah jadi senget sikit. Lantak lah
Dari 2 Perabot Berbeza Kini Digabungkan Menjadi Satu Melalui Hack
Pada asalnya tiada pun terfikir nak buat DIY ni tapi sebab anak-anak nak meja study jadi terus fikir macam mana nak buat. Ambil meja linmon dengan rak lerberg, letakkan 2 perabot ni sekali.
Lepastu ejaskan posisi agar sama macam dalam gambar dibawah. Dah sama baru boleh ke proses skru bahagian bawah.
Saya belikan L bracket dan juga skru untuk skrukan permukaan meja linmon pada rak tersebut. Hasilnya akan jadi macam ni kat bawah.
Pada awalnya ada masalah pada bahagian ni dimana apabila skru kat sini rak lerberg akan terangkat. Nampak macam tak okay jer. Jadi kena tekankan dan skru pada waktu yang sama baru okay sikit.
Si pembantu kecil nak sangat tolong buat meja study dia. Biarkan jer dia dengan pertolongan skru dia. Hehehe.
Tadaaaa!!! Siap juga akhirnya. Bolehlahhh buat IKEA hack macam ni sewaktu masa lapang. Paling kurang pun dapat jimat duit daripada beli meja study baharu dengan harga mahal.
Kredit : Mie Suhaimi