Inginkan Bilik Air Yang Selesa Dan Selamat? Ini 5 Tips Mudah Buat Anda

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bilik air merupakan ruang yang paling kecil di dalam sesebuah rumah. Terdapat pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan untuk mendapatkan bilik air yang selesa dan selamat. Kali ini Giler Deco akan berkongsi 5 tips mudah untuk menjadikan bilik air anda sebagai ruang yang selesa dan selamat.

White Ceramic Sink Beside White Ceramic Sink

Bilik air yang selesa bukan sahaja nampak cantik, namun boleh memberikan mood yang baik kepada anda ketika berada di dalam ruangan ini. Artikel ini akan menghuraikan 3 aspek penting untuk keselesaan dan keselamatan bilik air di rumah anda.

  • Pemilihan barang-barang atau furniture di dalam bilik air.
  • Cara penjagaan bilik air untuk jangka masa lama.
  • Kaedah yang wajib digunakan untuk memastikan bilik air selamat.

Tips bilik air selesa dan selamat

 

  1. Barang-barang yang digunakan di dalam bilik air haruslah bersifat praktikal dan sesuai digunakan di tempat yang basah mahupun kering.Sebagai contoh, anda haruslah menggunakan barang-barang atau perabot yang kalis air di dalam bilik air. Hal ini untuk mengelakkan perabot atau barang-barang rosak apabila terkena air. Misalnya, perabot besi (bukan jenis stainless steel) amatlah tidak sesuai digunakan di dalam bilik air kerana mudah berkarat.

    Interior of contemporary bathroom with marble walls and ceramic sink in modern minimalist apartment

  2. Simpan barangan elektronik di dalam bekas yang selamat.Untuk memastikan keselamatan anda di dalam bilik air, pastikan barangan elektronik tidak terkena air atau berada di dalam persekitaran yang terlalu basah. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini seperti renjatan elektrik dan sebagainya. Barangan elektronik yang common digunakan di dalam bilik air adalah seperti pencukur elektronik, epilator dan sebagainya. Anda juga boleh menyusun barang lain di dalam bakul untuk nampak kemas dan teratur.

    A Steel Basket with Toiletries

  3. Memasang kipas ekzos di dalam bilik air.Kipas ekzos bukan sahaja baik untuk pengudaraan bilik air, ianya juga boleh membantu mengurangkan bau-bauan yang kurang menyenangkan di dalam bilik air.

    White Exhaust Fan Hanged

  4. Mengalas lantai bilik air dengan pelapik getah anti-licin.Pelapik lantai bergetah boleh mengelakkan anda daripada tergelincir di atas lantai bilik air yang basah. Terdapat pelbagai jenis pelapik getah lantai bilik air yang boleh anda dapati di kedai-kedai perkakasan rumah.

    Brown leather slippers on rainbow bathroom mat

  5. Pastikan tandas dibersihkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.Tandas yang bersih dan wangi bukan sahaja memberi keselesaan kepada anda, malah ianya juga mampu memberi anda

    mood yang ceria setiap kali anda menjejakkan kaki ke dalam bilik air.

From above of crop anonymous person in rubber gloves using soapy sponge while cleaning toilet bowl

Sekian itu sahaja tips-tips yang boleh anda ikuti untuk keselesaan dan juga keselamatan bilik air anda. Semoga bermanfaat!

Sumber foto: Pexel

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down