10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah

168 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Masih ramai yang tidak tahu perkara pertama yang perlu dilakukan selepas mendapat kunci rumah. Sebenarnya, kita bukan perlu cuci rumah dan terus masuk tau.

Perkara yang perlu ditekankan adalah periksa dahulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding retak, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan sebagainya.

Itu baru sedikit mengenai perkara dan langkah yang dilakukan ketika baru mendapat kunci. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah

Peralatan Yang Perlu Ada:

  1. Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  2. Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
  3. Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
  4. Kamera dan Handphone berkamera - Ambil gambar kecacatan rumah.

10 Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah:

1. Azan.

- Pastikan selepas mendapat kunci rumah, lawatilah rumah terlebih dahulu.

- Ketika memasuki rumah, masuklah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah

2. Pintu.

- Buka dan tutup pintu berkali-kali. Periksa juga tombol pintu dan kuncinya sekali.

10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah
10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah
10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah
10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah
10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah

3. Tiles Lompong.

- Sila ketuk semua tiles rumah satu persatu.

- Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.

- Cara nak kenalpasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenalpasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.

- Ketuk pada setiap kepingan tiles itu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.

10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah
10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah

4. Elektrik.

- Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.

- Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

5. Meter Air.

- Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah mengalirkan air dengan dengan sempurna.

- Buka semua pili air serentak. Periksa saluran air, mangkuk tandas, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.

- Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya dengan betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.

- Buka air dekat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.

- Apabila air sudah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air itu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

6. Tingkap dan Sliding Door.

- Buka dan tutup tingkap semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.

- Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

7. Tangga.

- Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor.

- Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.

- Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.

- Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.

- Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.

10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah
10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah
10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah
10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah
10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah

9. Dinding Retak.
- Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah
10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah
10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Kunci Rumah

10. Kunci Semua.

- Seterusnya adalah kunci rumah, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel eletrik.

- Selepas dapat kunci rumah, pemaju tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Bahagian atap yang perlu diberi perhatian:


Kebiasaannya, pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah. Ketika dalam tempoh itu, kita boleh usulkan apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah.

Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli. Maka, periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Namun, sekiranya ada lakukan buat major renovation, pemaju tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.

Apabila sudah siap betulkan defect ini, barulah kita boleh buat renovation rumah dengan senang dan sesuka hati.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Kredit: Shamier Mohaimin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down