Jadikan Bilik Yang Besar Dan Luas Kepada Rumah Kecil

97,892 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap pasangan suami isteri yang baru memulakan rumahtangga pasti ada yang perlu menyewa atau ada juga yang perlu tinggal di rumah mertua. Jadi, apabila tinggal di rumah mertua sudah pasti ada batasan seperti menjaga aurat dan sebaliknya.

Apabila berada dirumah mertua, pasti ada peraturan. Penjagaan aurat kena jaga lebih-lebih lagi kalau tinggal sekali dengan adik, kakak, atau abang ipar sendiri dibawah satu rumah. Usah risau, wanita ini kongsikan cara beliau transform bilik tidur yang luas menjadi  "rumah kecil".

"Rumah kecil" tersebut dilengkapi dengan dapur dan tempat penyimpanan barang keperluan. Bilik tersebut telah diubahsuai supaya beliau mudah bergerak bebas disamping menjaga privacy antara suami isteri dan juga mertua. Jom kita lihat transformasi bilik tersebut.

Tinggal Dengan Mertua? Jadikan Bilik Yang Besar & Luas Kepada " Rumah Kecil "

" Belum ada rumah sendiri , duduk dengan mentua , dalam rumah ada 2 family ipar duduk sekali

Rasa pergerakan terbatas bila masak-masak kat dapur bawah. Yela , pakaian kita kena jaga kan. Tak kan nak pakai macam dalam rumah sendiri.

Pujuk en. husband untuk renovasi sikit buat dapur dalam bilik memandangkan bilik besar juga.

Taraaa. Dah siap reno. Simple je reno dilakukan oleh kami, kena tapi tetap syukur & sangat happy at least dapur saya berasap hari-hari. "

Transformasi Bilik Luas & Besar Kepada "Rumah Kecil"

Ini adalah ruang tamu. Kecik jer tapi dalaman dalam rumah ini cantik dan kemas jer nampak.

rumah kecil

Bahagian bilik tidur kami. Pastikan simple dan minimalist sahaja agar nampak tidak crowded sangat.

rumah kecil

Dapur Didalam Bilik????!!!!

Cuba teka apa yang ada didalam bilik tidur kami? Mini kitchen yang cantik dan kecil jer. Sesuai untuk sorang sehingga dua orang memasak.

Kami hanya menggunakan dapur eletrik sahaja. Senang untuk digunakan dan tidak perlu membawa tong gas masuk kedalam bilik ini.

Peti sejuk tidak muat untuk diletakkan didapur. Jadi, kami letakkan sahaja di bahagian bilik tidur. Jarang peti sejuk ada didalam bilik tidur.

rumah kecil

Sumber : Ain Zaki

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down