Jenis Material Yang Tahan Untuk Lantai Bilik Air

1,318 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila memilih lantai untuk mana-mana ruang dalam rumah, sudah tentu “Nak rumah nampak cantik” menjadi kriteria #1. Tapi lain ceritanya bila kita hendak memilih material untuk lantai bilik air.

Bilik air merupakan ruang yang sentiasa menerima banyak kelembapan berbanding ruang yang lain. Oleh itu, pemilihan lantai bilik air haruslah dibuat dengan teliti kerana anda sudah pasti nakkan lantai yang tahan lama dan kurang risiko tergelincir semasa menggunakannya.

Apakah Perbezaan Lantai Bilik Air Dan Lantai Biasa?

Terdapat satu perbezaan utama di antara lantai bilik mandi dan lantai bilik lain.

Salah satunya ialah adalah permukaan lantai bilik mandi perlulah bersifat kalis air. Hal ini kerana air boleh terpercik dari sinki, ia juga boleh melimpah keluar.

Selain itu, sudah semestinya seluruh kawasan bilik air tersebut akan terkena air ketika mandi. Jika lantai yang dipasang tidak memiliki sifat kalis air, ia akan menjadi satu masalah besar untuk anda di kemudian hari. Lantai boleh menjadi kembang dan mudah rosak.

Oleh itu, semasa pemasangan dilakukan, pastikan lantai yang dibeli itu betul-betul kalis air supaya ianya tahan lama dan anda tidak perlu berulangkali menukar lantai baru.

Berikut adalah beberapa pilihan lantai serta kebaikan dan keburukannya.

Jenis Lantai Yang Sesuai Untuk Bilik Air Beserta Kebaikan Dan Keburukan

1. Lantai Porcelain dan Seramik

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan lantai porcelain dan seramik menjadi pilihan utama untuk digunakan pada bilik air gaya klasik. Ia bukan sahaja kalis air, tetapi ia juga lebih murah daripada batu semulajadi atau kayu.

Walaupun lantai porcelain dan seramik kelihatan sama, tetapi ia agak berbeza.

Porcelain diperbuat daripada tanah liat yang lebih halus, lebih padat dan dibakar pada suhu lebih tinggi. Itu yang membuatkannya lebih tahan lama dan susah tentu, lebih mahal.

Dari segi gaya pula, porcelain dan seramik didatangkan dalam pelbagai saiz, bentuk dan tekstur dan warna. Jadi, ia mempunyai banyak pilihan dan membolehkan anda memilih mengikut konsep yang diinginkan.

lantai bilik air
Gambar dari Homedit.com

Kelebihan Lantai Porcelain dan Seramik: 

  • Banyak pilihan untuk digayakan
  • Nilai hartanah yang lebih tinggi
  • Senang dibersihkan

Kekurangan Lantai Porcelain dan Seramik: 

  • Sejuk apabila dipijak
  • Sangat keras dan tidak sesuai untuk berdiri lama.
  • Licin

2. Lantai Batu Semulajadi (Natural Stone)

Lantai batu semula jadi cukup popular oleh kerana mempunyai ketahanan yang lama dan kelihatan sangat menarik kerana dapat menimbulkan suasana yang mewah.

Tetapi, ia mahal dan tidak kalis air sepenuhnya. Lantai yang diperbuat daripada batu lembut seperti travertine dan batu kapur perlu diselenggara semula setiap beberapa tahun.

Manakala, lantai yang menggunakan batu yang lebih keras seperti marmar dan granit boleh bertahan sehingga lima tahun sebelum perlu diselenggara semula.

lantai bilik air batu semula jadi
Gambar dari Tile Giant

Kelebihan Lantai Batu Semula Jadi: 

  • Nilai jualan semula hartanah yang sangat baik
  • Sangat tahan lasak

Kekurangan Lantai Batu Semula Jadi:

  • Kos harga yang sangat mahal
  • Sukar untuk dipasang secara DIY
  • Sesetengah batu senang rapuh dan mudah patah.

3. Lantai Vinyl

Sejak sedekad yang lalu, lantai vinyl cukup terkenal sebagai lantai yang diperbuat dari bahan kalis air dengan harga mampu milik tetapi tahan lama.

Terdapat dua jenis komposisi untuk lantai vinyl iaitu wood plastic composite (WPC) dan stone plastic composite (SPC). Kedua-duanya dibuat dengan teras kalis air tetapi, wpc lebih digemari kerana lebih tebal, fleksible dan tahan lama.

lantai bilik air vinyl
Gambar dari CALI Floors

Kelebihan Lantai Vinyl

  • Kalis air sepenuhnya.
  • Kos pemasangan yang efektif
  • Mudah untuk dipasang dengan cara DIY
  • Mudah untuk diganti

Kekurangan Lantai Vinyl

  • Mempunyai nilai jualan semula hartanah yang murah
  • Tidak boleh diperbaiki
  • Kurang tahan lama berbanding lantai kayu asli

4. Lantai Konkrit

Lantai bilik air konkrit biasanya ditemui di rumah yang berkonsepkan industrial. Bilik air yang menggunakan konsep industrial biasanya tidak dicat dan warna dinding menggunakan warna asli simen tersebut.

Konsep rumah berkonsepkan industrial ini masih tidak meluas lagi di Malaysia. Tetapi, masih ada segelintir yang meminati gaya seperti ini.

lantai bilik air konkrit
Gambar dari Michelle Chu

Kelebihan lantai konkrit ia tidak akan rosak apabila terkena dan mampu bertahan seumur hidup. Walau bagaimanapun, lantai konkrit boleh menjadi sangat sejuk dan sukar untuk disentuh serta ia menjadi sangat licin sekiranya finishing yang digunakan adalah jenis licin.

Kelebihan Lantai Konkrit

  • Sangat tahan lama dan lasak
  • Dapat menampung beban yang berat
  • Tidak menyerap air dan cukup tahan kelembapan


Kekurangan Lantai Konkrit

  • Kerosakan pada lantai konkrit tidak mudah untuk dibaiki
  • Tidak dapat dibaiki dengan proses tampalan
  • Tidak memiliki sifat kalis haba dan bunyi

5. Lantai engineered wood

Walaupun kebiasaannya kayu dan air jarang bercampur, engineered wood direka mempunyai lapisan papan yang tahan kelembapan. Lantai kayu jenis ini sangat sesuai sekiranya anda ingin memasangnya dalam bilik air kerana ia lebih tahan dari lantai kayu yang asli.

Kelebihan Lantai Engineered Wood

  • Pilihan lantai yang sangat terbaik jika anda inginkan memasang lantai kayu di dalam bilik mandi
  • Mempunyai permukaan dan bentuk yang stabil
  •  Memiliki kayu keras asli pada bahagian atas

Kekurangan Lantai Engineered Wood

  • Harga yang sangat mahal
  • Mudah calar
  • Sentiasa memerlukan penyelenggaraan

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down