Kelebihan Penggunaan Mesin Basuh Samsung Front Load 13kg Dengan Fungsi AI Control

101 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pemilihan jenama mesin basuh bagi kegunaan harian di rumah bukanlah satu benda yang mudah. Keputusan untuk membeli mesin basuh tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa dan memerlukan kaji selidik terlebih dahulu.

Hal ini kerana, pembelian mesin basuh merupakan pelaburan jangka masa panjang. Jadi, walaupun perlu mengeluarkan bajet yang agak keras sedikit, namun ianya sangat berbaloi dengan kualiti mesin basuh tersebut. Jenama yang boleh dikatakan berbaloi untuk dimiliki pada ketika ini adalah mesin basuh Samsung Front Load 13kg.

Jika ingin tahu kenapa mesin basuh samsung ini menjadi pilihan ramai, boleh teruskan bacaan di bawah ini dengan lebih lanjut.

Kelebihan Penggunaan Mesin Basuh Samsung Front Load 13kg

1. Kapasiti Maximum Yang Boleh Stacking.

Kelebihan mesin basuh Samsung, ianya boleh stacking dengan pelbagai jenis model jenama mesin basuh yang lain. Asalkan ianya jenama Samsung.

Mesin Basuh Samsung

2. Dimension Yang Sesuai Dengan Ruang Sempit.

Jika memakai mesin basuh jenama LG 15kg, mesin tersebut adalah 10cm lebih tinggi dari jenama Samsung. Kalau pakai kabinet, memang lagi tinggilah jawabnya.

Jadi, apabila mesin basuh sudah tinggi, dryer juga akan jadi lebih tinggi kedudukannya. Ianya akan menyebabkan kawalan butang pada mesin basuh lebih sukar untuk dicapai dan skrin lebih sukar dibaca.

Tetapi, kalau jenama Samsung, saiznya tidak terlalu tinggi, cuma ia lebih panjang ke belakang dan mempunyai gap sedikit pada front surface antara mesin basuh dan mesin pengering baju.

Mesin Basuh Samsung

3. Auto Dispense.

Mesin basuh jenama Samsung ini memiliki tangki softener dan detergent persis seperti dobi layan diri. Dos akan ditentukan oleh berat load cucian atau tahap kekotoran pakaian.

Jadi, memang sangat menjimatkan detergent. Satu tangki boleh bertahan selama sebulan. Ianya mengikut kapasiti masing-masing. Memang sangat genius idea yang diterjemahkan bagi mencipta mesin jenama Samsung ini. Ianya dapat mengelakkan dari mencemarkan alam sekitar.

4. Eco Bubble.
Fungsi Eco bubble adalah menjimatkan detergent dan menjimatkan masa membasuh pakaian. Akan tetapi, mana-mana front load wajib pakai Low Sud detergent. Jika tidak, ruang laundry akan bertukar menjadi parti buih dan boleh bocor dari drum mesin.

5. AI system dan mobile connectivity.
Fungsinya sangat menjimatkan elektrik. Hal ini disebabkan kelebihan AI boleh membuat keputusan dan berfikir sendiri. Selain itu, ia boleh dikawal dengan menggunakan telefon serta boleh pantau penggunaan elektrik.

6. Superspeed.
Mesin Basuh jenama ini boleh gunakan mode ini jika mahu membasuh baju dengan pantas. Namun, maksimum baju hanyalah 5kg. Kebanyakan mesin model terbaru boleh dikatakan ada fungsi ini.

Mesin Basuh Samsung
Mesin Basuh Samsung

Kekurangan Mesin Basuh Samsung:

1. Mesin basuh ini bukan jenis direct drive seperti mesin basuh LG. Mesin basuh Samsung menggunakan sistem VRT+. Tetapi masih menggunakan belting.

Ianya boleh bertahan sehingga 8-10 tahun juga, cuma kurang senyap. Mesin basuh jenama LG pula menggunakan direct drive dan kos selenggaranya adalah percuma. Jadi, kita tidak perlu tukar apabila tear dan wear.

Sejujurnya, VRT+ ini tidaklah mengeluarkan bunyi bising yang melampau. Rasanya lebih kurang sahaja dengan LG direct drive. Jika pakai LG, kalau ada syiling dan brooch di dalam itu, lagilah bertambah bising.

Mesin basuh jenis front load tidak boleh nak buka pintu sesuka hati. Jadi, perlu hadap sehingga proses membasuh baju selesai.

2. Cermin gelap.

Cermin gelap membuatkan kita susah untuk nampak bahagian dalaman. Jadi, kita tidak tahu jika sabun berkurang dan tidak cukup semasa membasuh baju.

Cara Basuh Baju Dengan Kadar Lebih Cepat:

1. Pastikan load cucian hanya 5kg sahaja.

2. Gunakan mode super speed.

3. Semasa membasuh baju, jangan sekalikan dengan pengeringan. Ianya perlu disetkan secara manual dengan mode wash sahaja.(Untuk mesin basuh jenis 2 in 1 sahaja)

Jadi, waktu cucian yang diambil hanya selama 39 minit sahaja.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat membantu pembaca di luar sana dalam memilih mesin basuh yang sesuai untuk digunakan di rumah.

Kredit: Hanani Agro Farm

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down