Kelebihan Penggunaan Condenser Dryer Jenama LG 8KG

194 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika pertama kali mahu membeli mesin pengering pakaian, sudah pasti kita akan pening memikirkan jenama apa yang sesuai dan berpatutan untuk dimiliki.

Selain itu, sudah pasti terdapat sedikit kerisauan yang bergolak di dalam lubuk sanubari dan terdetik berkata, "berbaloi ke beli jenama ini? kering tak baju nanti bila guna?".

Jadi, bagi menambah keyakinan anda semua dalam pemilihan mesin pengering yang betul, terdapat beberapa kelebihan yang perlu diketaui.

Jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Berbaloi Ke Guna Condenser Dryer Jenama LG 8KG?

Kelebihan Condenser Dryer Jenama LG:

Boleh dikatakan rata-rata individu yang pernah menggunakan mesin pengering ini memberikan feedback yang positif. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu:

  • Cepat kering walaupun sumbat penuh dengan baju di dalam itu.
  • Hanya pakai satu setting saja (mixed fabric) dan tunggu habis.
  • Walaupun overload, mesin pengering ini tetap cuba akan keringkan selagi tanki tak penuh lagi dan Lint filter masih bersih. Kalau tidak, alarm akan berbunyi dan berhenti.
Condenser Dryer Jenama LG

Masalah kecil yang dihadapi oleh suri rumah:

Namun, sesetengah individu akan mengalami masalah apabila mahu cuba membeli front load washer yang lebih bersaiz besar 13kg ke atas dan nak susun secara stack.

Sebab kenapa mesin basuh dan penyering perlu stack kerana ruangan bilik laundry sangat kecil dan terpaksa juga berbuat demikian.

Model LG yang boleh stack dan available hanyalah 10.5kg. Untuk pengetahuan, jika washer LG 15kg, memang tak boleh stack dryer walaupun dryer dari LG juga. Ianya tidak boleh stack melainkan dengan universal stack. Namun, cara tersebut tak berapa berkenan sangat serta sesetengah seller jugak tidak menggalakkan untuk berbuat demikian.

Cara Lakukan Stack Mesin Basuh Dan Pengering Dengan Betul:

Cara melakukan stack perlu meletakkan dryer di atas dan mesin basuh di bawah. Hal ini kerana, dryer lebih ringan dan pusingan pun tidak selaju mesin basuh. Itulah salah satu sebab kenapa dryer perlu berada di atas.

Namun, jika mahukan juga mesin basuh berada di atas, ia sebenarnya boleh stack, tetapi perlu pakai universal. Ia akan menyebabkan susunan itu menjadi kurang kemas dan kurang kukuh serta tidak stabil.

Kalau mahu lakukan juga, perlu custom dekat tukang besi besi seperti gambar di bawah ini.

Condenser Dryer Jenama LG

Rasanya stakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini, semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Kredit: Hanani Agro Farm

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down