Laci Kabinet Dapur & Aksesori Lain Yang Wajib Ada

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mempunyai kabinet sahaja belum tentu menjadikan dapur anda kemas. Hampir semua rumah di Malaysia mempunyai laci kabinet dapur tetapi laci kabinet dapur tersebut tidak menyediakan jenis storan yang praktikal dan tidak menjadikan dapur anda berfungsi dengan keberkesanan maksimum. 

Untuk menjadikan dapur anda sebagai tempat yang selamat dan kemas, terdapat beberapa ciri penyimpanan laci dan aksesori yang boleh diletakkan di dalam kabinet tersebut.

1) Laci Kutleri Dan Blok Pisau

Laci khas untuk kutleri dan blok pisau untuk memudahkan penyimpanan dan senang untuk anda mencapainya. Laci tersebut terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut jenis kutleri. Anda boleh menempah khas laci kabinet dapur yang mempunyai blok untuk kutleri dan pisau atau lebih jimat jika anda membeli bekas simpanan plastik yang muat dengan laci anda.

laci kabinet dapur
Kredit: satoridesignforliving.com

2) Laci Kabinet Dapur Sistem Pasak

Laci kabinet dapur sistem pasak adalah laci yang mempunyai pasak boleh laras dan boleh diletakkan di mana-mana untuk menyimpan semua pinggan dan mangkuk tanpa risiko tergelongsor. Kebiasaannya, laci ini sangat berguna untuk menyimpan pinggan mangkuk yang jarang digunakan. Ia lebih teratur dan selamat disimpan di dalam laci tersebut.

pegboard crockery drawer organization
Kredit: thecrazycraftlady.com

3) Rak Berputar 'Lazy Susan'

Rak berputar ‘Lazy Susan’ ialah platform yang berbentuk bulat atau dulang yang boleh berputar 360 darjah pada set galas. Ia amat sesuai diletakkan pada kabinet yang berpenjuru supaya senang untuk menyimpan barang seperti gula, kopi, rempah ratus dan sebagainya. Fungsinya sama seperti meja putar.

Knape & Vogt 2-Tier Plastic Full Circle Cabinet Lazy Susan in the Lazy  Susans department at Lowes.com

4) Kabinet Penyimpanan 'Pull-Out'

Jika anda mempunyai ruang dapur yang kecil dan masih ada ruang kosong pada kabinet dapur anda, penambahan kabinet penyimpanan ‘pull-out’ boleh memberikan kemudahan kepada anda untuk menyimpan peralatan dapur. Ia juga mudah dicapai dan tersusun elok di dalam kabinet.

5) Pembahagi Dulang

Pembahagi dulang adalah pembahagi yang menegak dan diletakkan di dalam kabinet. Ia amat berguna untuk menyimpan peralatan memasak yang besar dan rata. Contohnya, papan pemotong, acuan muffin, pinggan, dulang dan sebagainya. Ia berukuran 9” atau 12” lebar dan biasanya diletakkan di dalam kabinet bawah dan kabinet atas.

cabinet dividers
Kredit: familyhandyman.com

6) Laci Kabinet Dapur Tendangan Kaki

Laci kabinet dapur tendangan kaki adalah laci kabinet biasa yang dipasang pada bahagian kabinet paling bawah. Ia hanya memerlukan satu ketukan kaki untuk membukanya. Laci ini direka bukan sahaja untuk menyimpan peralatan dapur malah untuk membolehkan anda berdiri lebih dekat dengan ruang kerja atau sinki dengan lebih selesa. Antara barang yang boleh disimpan di dalam laci ini ialah

  • Pinggan mangkuk
  • Plastik sampah
  • Berus 
  • Buku masakan 
  • Dulang
  • Alatan pembersihan 
  • Makanan kucing
  • Alas meja
  • Peralatan barbeku
A push on the toekick with your foot reveals a hidden toekick drawer with shallow storage space for trays and other large, hard to store kitchen items!
Kredit: drivenbydecor.com

7) Laci 'Tilt Out'

Laci ‘tilt out’ adalah ruang untuk meletakkan peralatan dapur pada bahagian atas kabinet. Ia amat sesuai untuk menyimpan barang supaya dapur nampak kemas dan bersih. Ia boleh didapati dalam kerangka plastik atau keluli tahan karat. Namun, plastik adalah lebih baik kerana ia boleh dicuci dengan lebih mudah. Ia amat sesuai untuk menyimpan span basuh pinggan selepas digunakan. Selain itu, ia juga boleh menyimpan senduk, berus atau kain lap meja. Walau bagaimanapun, anda haruslah sentiasa mencuci tempat ini supaya sentiasa bersih dan pastikan span kering sebelum menyimpannya. 

Tilt Out Sponge Drawer
Kredit: decorpad.com

8) Kabinet Untuk 'Microwave'

Jika anda mempunyai ‘microwave’ dan ruang dapur anda tidak terlalu luas, lebih baik sekiranya anda membuat satu kabinet khas untuk menyimpan ‘microwave’ supaya ia tidak mengganggu persekitaran anda untuk memasak. Ia juga selamat sekiranya disimpan di dalam kabinet. Tempat yang paling selamat untuk menyimpannya adalah di kabinet atas supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

Kredit: timkitsusa.com

9) Kabinet Penyimpanan Mesin Pengadun atau Pembakar Roti

Jika anda meletakkan mesin pengadun atau pembakar roti di atas counter top kabinet tentu ia nampak agak serabut dan ruang kerja anda akan menjadi terhad. Namun, ia juga satu masalah sekiranya anda meletakkannya di dalam almari atau pantri kerana ia sangat berat dan agak leceh untuk dikeluarkan. 

Masalah ini dapat diselesaikan dengan membuat satu kabinet khas untuk menyimpan peralatan tersebut dengan menggunakan engsel pengangkat supaya mudah untuk menyimpan dan mencapai peralatan tersebut.

Kredit: rockler.com

10) Kabinet Tarik Untuk Bakul Sampah

Kabinet tarik keluar yang direka untuk menyimpan dua bakul sampah. Satu bakul dikhaskan untuk membuang sampah dan satu lagi untuk mengasingkan barang kitar semula. Luas kabinet yang diperlukan untuk menyimpan dua bakul sampah ini adalah 18” atau 21” inci. Namun, anda harus sentiasa memeriksa bakul sampah ini setiap hari. Ia tidak sesuai untuk membuang sisa makanan yang berbau dan basah.

Kitchen garbage pull-out with built-in paper towel holder - a must-have for my kitchen renovation!
Kredit: drivenbydecor.com

Untuk sistem kabinet yang kemas dan teratur, anda perlu merancang agar setiap laci kabinet dapur mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ia bergantung kepada cara kerja anda di dapur, keluasan dapur dan juga kuantiti barang yang hendak disimpan. Aksesori dapur ini dapat membantu anda menyimpan peralatan dapur dan makanan dengan lebih tersusun dan kemas serta mudah untuk mengambil dan mencari barang ketika memerlukan.

Semoga Bermanfaat!

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down