Langkah Mudah DIY Epoxy Lantai Guna Barang Shopee

15,628 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ramai yang tidak tahu apa itu epoxy lantai kan? Epoxy adalah satu bahan kimia yang tergolong dalam kategori resin atau gam. Epoxy kebiasaannya digunakan sebagai bahan pelekat dan juga sebagai salutan.

Oleh kerana ramai yang minta tunjuk cara buat epoxy lantai. Jadi, pada artikel kali ini, beliau mahu kongsi langkah mudah lakukan epoxy lantai secara DIY.

Jom sama-sama kita ikuti langkah mudah DIY epoxy lantai yang cukup menarik ini.

Langkah Mudah DIY Epoxy Lantai

Langkah 1

Sebelum beli cat, pastikan ukur dahulu keluasan bilik air sebab cat ini 1 liter dan boleh cover lebih kurang 40 sqft. Cara ukur rujuk dalam gambar di bawah. Keluasan ikut ukuran feet, selalunya bilik air tak ada yang besar-besar. Namaun, kalau nak buat 2-3 bilik air boleh beli 5 liter terus.

Langkah Mudah DIY Epoxy Lantai

Langkah 2:

Apabila sudah beli cat semua, barulah boleh mulakan kerja. Pastikan bilik air kering dahulu. Kemudian, bancuh simen tanpa campuran pasir. Selepas itu, tampal di celah-celah tile yang berlubang dan bucu-bucu dinding. Di sinilah tempat air selalu meresap. Pastikan tampal semua di celah-celah itu.

Kalau tidak mahu pakai simen, boleh pakai tile reform seperti dalam gambar di bawah ini. Tujuannya adalah untuk mahu menutup celahan tiles.

Dengan demikian, ia dapat mengurangkan penat kita semasa menyapu cat pada celahan tiles nanti. Biarkan kering barulah terus ke langkah seterusnya.

Langkah  3:

Apabila sudah kering simen itu, bermulalah proses menggosok lantai pula. Seperti yang dilakukan oleh beliau, beliau gunakan grinder tangan dan mata potong simen seperti dalam gambar di bawah ini.

Tujuannya untuk kasarkan permukaan tile itu. Beliau guna kertas pasir grid 40 paling kasar. Namun, apabila digosok, tiles jadi semakin licin pula.

Akhirnya, beliau guna mata potong simen, barulah dapat permukaan kasar.

Pro Tips

Jangan lupa pakai mask sebab habuk banyak itu. Keselamatan tetap diutamakan.

Langkah DIY Epoxy Lantai

Langkah 4:

Setelah selesai menggosok tiles, sapu/vacuum semua habuk dan cuci dengan air sampai bersih habuk-habuk tadi. Biarkan kering semalaman.

Selepas itu, gunakan thinner dan kain untuk cuci lantai ini supaya lagi bersih. Sifat thinner yang meruap itu akan membuatkan lagi kering air. Anda boleh tengok nanti lantai lagi bersih dari habuk-habuk kecil.

Cara menggosok tidak perlu gosok kuat-kuat, ianya bertujuan bagi memastikan lantai bersih dari habuk dan air.

Selepas itu, biarkan selama 24 jam. Seperti yang dilakukan ini, beliau biarkan 3 hari supaya puas hati. Kalau di ikutkan seminggu. Namun, isterinya teruja mahu siapkan cepat. Kalau upah orang, hari ini buat esok sudah boleh digunakan.

Langkah 5:

Ketika ini boleh duduk bersila di dalam tandas. Tampal tape pada sekeliling dinding bilik air ikut ketinggian yang kita mahu.

Jangan lupa tampal sekali lubang buang air/water trap seperti arah anak panah itu. Tapekan sekali sekeliling tandas duduk itu. Boleh pakai tape yang seller bagi. Kalau tak cukup boleh guna masking tape.

Langkah DIY Epoxy Lantai

Langkah 6:

Bermula aktiviti untuk mengecat pula. Cat ini kalau beli datang dengan 2 jenis cat iaitu epoxy primer dan epoxy paint. Lapisan pertama pakai epoxy primer macam dalam gambar. Campur part A epoxy primer dan part B hardener, kacau campuran sehingga sebati.

Kemudian, sudah boleh mula mengecat. Cara beliau, beliau sapu cat tebal sekaligus guna roller cat dan guna berus cat untuk sapuan pada celahan tile. Cat yang dicampur dengan hardener mesti dihabiskan. Kalau tidak, cat akan keras. Kiranya sekali pakai sahaja.

Kalau bilik air kecil, kena pandai bahagikan cat dengan hardener itu. Pastikan pakai mask. Bau memang tak boleh bawa bincang. Biarkan cat kering selama 24 jam sehingga ia betul-betul kering.

Langkah DIY Epoxy Lantai

Langkah 7:

Langkah terakhir, campur part A epoxy paint, part B hardener dan anti slip powder seperti dalam gambar di bawah ini. Campur 3 bahan ini dan kacau sehingga sebati.

Ulang langkah mengecat seperti mula mengecat cat primer tadi. Sapu sehingga kita puas hati dan biarkan kering dalam beberapa hari. Apabila sudah kering, boleh tanggalkan masking tape yang telah ditampal. Bilik air pun sudah boleh digunakan sepenuhnya.

Pro Tips

Untuk buat corak atau design, beliau mainkan 2 tone warna. Jadi, cat epoxy finishing ini beliau ambil 2 warna yang berlainan sebab nak buat bercorak dalam toilet. 

Nak buat bercorak perlukan sedikit kreativiti. Beliau terus ke kedai berdekatan dengan rumahnya. Senang berbincang terus dengan tauke kedai. Kalau mahu beli online boleh boleh juga, pilihan warna cat boleh tekan link Shopee di bawah ini.

Link Shopee untuk cat epoxy: https://shp.ee/gvw4qys

Selamat Mencuba.

Kredit: East Hunt

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down