Penggunakan Vinyl SPC pada bahagian lantai rumah cukup digemari oleh pemilik rumah pada ketika ini. Hal ini kerana, selain dari mudah untuk dipasang dengan cara DIY, ia juga mampu menaikkan lagi seri rumah kita.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama dihasyazwanii. Beliau telah berkongsi langkah mudah pasang lantai SPC di akaun tiktok miliknya dan cara penghasilannya dilihat sangat simple, potong dan ketuk sahaja.
Untuk mengikuti langkah-langkah yang dihasilkan. Jom ikuti perkongsian ini.
Mula-mula kemas dahulu bahagian yang ingin dipasang itu.
Sebelum lantai SPC dipasang, letak foam terlebih dahulu.
Jenis foam yang digunakan.
Susun SPC tersebut sehingga membentuk seperti tangga.
Cara sambungkan dia cukup senang dengan ketuk dan click sahaja.
Untuk potong SPC tersebut, boleh guna pisau seperti gambar dibawah. Yang penting besar dan tajam.
Kalau boleh ukur dengan tepat dahulu baru potong, jangan potong sesuka hati.
Boleh ikut cara ni kalau mahu potong.
Pastikan potong dengan lurus, barulah nampak kemas setelah dipasang.
Cara potong dia cukup mudah, hanya toreh pada bahagian atas dan lipat dari bahagian bawah.
Selepas itu terus pasang seperti biasa.
Semasa pemasangan, kalau ada jarak, rapatkan dia dengan guna tukul.
Pemasangan telah selesai dilakukan separuh.
Pada bahagian bawah pintu, perlu guna getah bagi mengelakkan bucu SPC itu mudah rosak terkena pintu.
Cara pasang getah boleh rujuk dekat bawah.
Inilah hasilnya. Sangat cantik.
Senarai barangan yang digunakan dan bajet yang dikeluarkan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua.