Lelaki Bina Rumah Minimalis 2 Tingkat Bermodalkan RM35K

37,315 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap keluarga mahupun diri kita sendiri pastinya teringin mempunyai rumah yang dibina sendiri mengikut kemahuan kita. Jika ingin bina rumah sendiri, kita boleh dapat saiz dan ruang yang kita inginkan. Disini, seorang lelaki gigih bina rumah konsep minimalis yang mempunyai 2 tingkat.

Lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Izzuddin lakukan sendiri bina rumahnya yang memakan masa hampir 3 tahun 8 bulan. Anggaran untuk membuat rumah minimalis 2 tingkat tersebut adalah RM35K menurut daripada beliau.

Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana proses rumah ini dilakukan dan juga dalaman luaran yang ada pada rumah tersebut. Jom kita tengom prekongsian daripada beliau.

Lelaki Bina Rumah Minimalis 2 Tingkat Kos Hampir RM35K

Segala Puji Bagi Allah. Setelah pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi. Akhirnya siap juga rumah yang saya buat sendiri selama 3 tahun 8 bulan ini. 

Anggaran untuk membina rumah ini adalah kos yang mencecah hanpir RM35k. Rumah ini dibina berkonsepkan minimalis 2 floor.

Proses Membina Rumah Sendiri

Berikut merupakan gambar semasa proses saya bina rumah sendiri yang inginkan konsep minimalis 2 tingkat. Saya mula sikit-sikit dahulu nanti lama-lama jadi bukit.

Bina Rumah Minimalis

Proses melakukan ruang tangga untuk tingkat 2.

Bina Rumah Minimalis

Selepas selesai membina rumah yang diinginkan, kami beralih ke proses mengecat rumah.

Bina Rumah Minimalis

Tak lupa juga proses mencantikkan bahagian dapur ini denga  membuat table top.

Bina Rumah Minimalis

Bahagian tandas masih lagi dalam proses waktu ini.

Ini adalah bahagian atas. Saya lakukan pattern dinding yang dipanggil "abstract pattern". Nampak cantik dan kool jer.

Keadaan Dalaman & Luaran Rumah Minimalis 2 Tingkat

Alhamdulillah. Inlah dia rupa akhir rumah saya ini. Gambar dibawah ini merupakan bahagian ruang tamu.

Bina Rumah Minimalis

Untuk tangga tu pula, saya buat dalam kos RM1K. Nak naik kena pusing-pusing sikit.

Inilah dia tingkat ke 2 rumah ini. Tempat untuk santai sambil nak rehat pun boleh.

Bina Rumah Minimalis

Luaran ini saya letak rumput karpet. Simple namun mencantikkan lagi suasana ini.

Bina Rumah Minimalis

Kesayangan saya mesti kena jaga rapi. Ku takkan lepaskan mu. Hehehe

Bina Rumah Minimalis

Sumber : Mohamad Izzuddin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down