Langkah Atasi Masalah Paip Bocor Dalam Tanah Secara DIY

43,859 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Masalah paip bocor di dalam tanah kadang kala kerap terjadi kepada pemilik rumah. Ia merupakan salah satu masalah yang boleh dikatakan sukar untuk dilihat dari mata kasar kerana paip tersebut berada di dalam tanah.

Cara tepat untuk mengetahui masalah ini adalah dari bil air bulanan yang dihantar ke rumah. Kalau tiba-tiba bil air melambung tinggi, pasti ada benda yang tidak kena dengan saluran paip rumah kita.

Untuk perkongsian kali ini dari Mohd Sani Soid. Beliau menerangkan cara DIY paip bocor dalam tanah yang boleh dilakukan sendiri sahaja

Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu, jom teruskan bacaan di bawah ini.

Cara DIY Paip Bocor Dalam Tanah

Bil air tiba-tiba meningkat, selepas check tengok meter bergerak tanpa henti.

Saya hubungi Pihak Syabas untuk check meter, Syabas tukar meter baru tapi meter masih bergerak tanpa henti, jadi memang 100% paip ada bocor dalam tanah. Jadi, sebelum pembeli rumah masuk pindah, terpaksalah baiki, saya tak mahu aniaya orang.

Peralatan yang wajib adalah:

  • Tangga untuk memanjat siling.
  • Pipe Cutter untuk mudah potong paip.
  • Impact Drill untuk tebuk dinding.
  • Grinder with Diamond disc untuk potong mozek.
  • Lain-lain peralatan seperti tukul, pahat, Skru driver, pipe wrench, dan spanar.

Untuk kos raw material dalam harga RM100 - RM150 bergantung pada kedai hardware, seeloknya buat senarai apa barang yang perlu dibeli supaya semasa proses DIY nanti tidak terganggu.

Langkah 1:

Tebuk dinding pada sinki dapur dari luar untuk pasang pili baru dengan guna impact drill. Bahagian luar lembut sebab simen bata.

Cara DIY Paip Bocor Dalam Tanah

Langkah 2:

Grind mozek guna Grinder with Diamond Disc. Korek keluar mozek guna pahat. Selepas itu, sambung tebuk guna impact drill dari dalam pula, agak keras sebab simen konkrit.

cara diy paip bocor dalam tanah

Langkah 3:

Hasilnya bagi muat lubang dengan saiz paip nanti.

cara diy paip bocor dalam tanah

Langkah 4:

Seeloknya, mulakan kerja-kerja piping dari luar, beliau guna paip PVC saiz 3/4 inchi.

cara diy paip bocor dalam tanah

Langkah 5:

Masuk ke pagar.

cara diy paip bocor dalam tanah

Langkah 6:

Naik ke bumbung. Beliau tukar kepada jenis paip poly sebab boleh lentur, mudah nak tarik paip atas siling.

cara diy paip bocor dalam tanah

Langkah 7:

Dari siling, keluar ke ruangan tangki simpanan air rumah. Dari sini, beliau tukar kepada sambungan paip PVC semula.

cara diy paip bocor dalam tanah

Langkah 8:

Masuk ke tangki air ada T-junction untuk ke siling semula sebelum turun ke sinki dapur di belakang rumah. Paip warna biru itu adalah paip asal yang sudah tidak digunakan lagi selepas ini sebab masalah kebocoran dalam tanah itu.

cara diy paip bocor dalam tanah

Sebelum masuk ke dinding atau siling, tukar semula kepada paip jenis poly.

Langkah 9:

Dari siling atau tangki air tadi, turun ke belakang rumah, bahagian sinki dapur. Tukar semua kepada paip jenis paip PVC.

Pasang satu pili stop valve jenis brass. Untuk kemudahan pemilik baru rumah jika ada nak buat ubahsuai rumah selepas ini.

Ada T junction jugak, satu ke sinki masih lagi saiz 3/4 inchi. Satu lagi ke pili untuk kegunaan mesin basuh. Saiz bertukar ke 1 per 2 inchi iaitu standard size untuk peralatan paip rumah anda.

cara diy paip bocor dalam tanah

Langkah 10:

Pili 1 per 2 inchi guna pili jenis 2 outlet, satu outlet boleh guna untuk mesin basuh. Satu lagi outlet untuk kegunaan apa utiliti seperti paip getah.

cara diy paip bocor dalam tanah

Langkah 11:

Pasang L connector saiz 3 per 4 inchi bertukar ke 1 per 2 inchi. Sebab untuk peralatan rumah adalah saiz 1 per 2 inci, kemaskan dengan kapur simen lubang yang sudah ditebuk.

cara diy paip bocor dalam tanah

Langkah 12:

Pasang paip Connector yang ada thread jenis brass di dalam supaya tahan lebih lama. Kemaskan juga dengan simen kapur lubang mozek yang sudah ditebuk tadi.

cara diy paip bocor dalam tanah

Langkah 13:

Biarkan kering 1-2jam. Selepas itu, boleh pasang pili baru untuk sinki, lubang paip lama sudah boleh tutup. Setelah yakin semua gam sudah kering, boleh buka semula air dari meter untuk melihat hasil DIY tadi. Selesai.

cara diy paip bocor dalam tanah
Tips tambahan

Sebelum buka semula air dari meter, pastikan semua outlet pili baru wajib dibuka, sebab dalam paip yang baru dipasang adalah kosong hanya ada angin.

Kalau tutup outlet nanti angin dalam paip jadi mampat. Boleh berlaku kebocoran pada mana-mana sambungan paip baru yang anda buat.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down