DIY Penapis Air Untuk Tapis Air Boring Yang Keruh Dan Kuning

192 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Masalah air kuning dirumah sehingga menjejas mood anda terutamanya nak buat kerja-kerja rumah seperti membasuh baju,

mandi dan sebagainya. Kalau melibatkan masalah air kuning terlampau ini kebanyakkan ramai yang menggunakan penapis air.

Penapis air yang biasa dijual kat keda pada harga terlampau mahal. Andai kata 1 penapis pun dah berharga hampir RM1600 untuk 1 enjin dan tangki. Muhammad Azli Omizi yang pernah terkena dengan harga tersebut. Jadi, beliau mengambil inisiatif untuk melakukan sebuah DIY penapis air dengan beberapa bahan sahaja.

Jom kita lihat hasil DIY penapis air yang dilakukan ini. Katanya air dah kembali jernis dan bersih. Bolehlah untuk digunakan membasuh baju dengan bersih.

Masalah Air Boring Yang Keruh & Air Kuning Dapat Diselesaikan Selepas Melakukan DIY Penapis Air

Alhamdulillah atasi air boring yang keruh dengan DIY sendiri penapis air sebelum masuk tangki stainless steel. Cumanya kene pakai 2 enjin air. Air dalam botol mineral tu air sebelum ditapis, air memang jernih pada awalnya tapi dibiarkan seharian keruh akan mendap

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Tapisan Air Ini

  • Batu Kerikil Halus
  • Arang
  • Pasir Kasar
  • Pasir Halus (Lapisan Paling Atas)

Susunan Bahan Untuk Melakukan DIY Tapisan Air Ini

Mula-mula sekali masukan batu kerikil halus ini sebagai bahan yang pertama bahan paling dibawah sekali.

DIY Penapis Air

Seterusnya adalah arang. Kasi pecah kecil-kecil. Jangan bagi terlampau besar sangat saiz dia.

Yang ketiga adalah pasir kasar.

Dan yang last sekali adalah masukkan pasir halus. Bahan ni akan berada pada layer paling atas.

DIY Penapis Air

Inilah dia air asal. Boleh nampak betapa keruh dan kuningnya air ni sebelumnya ada penapis.

Dah settel semua masukkan air dan sedia untuk melihat keberkesanan diy penapis air ini.

DIY Penapis Air

Hasil Selepas DIY Penapis Air Ini Dilakukan

Inilah dia hasil air yang kelihatan sangat jernih, bersih dan tidak lagi kuning. Walaupun owner kata ada kebiru-biruan sikit tetapi dah cukup untuk digunakan terutamanya sewaktu membasuh baju.

Kredit : Muhammad Azli Omizi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down