Cara Untuk Lukis Shiplap Wall Daripada Marker Sharpie

1,201 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah dengar atau tidak sebuah shiplap wall yang cantik hanya dilakukan dengan menggunakan marker pen sahaja dan bukan daripada kayu shiplap? Ya memang ada dan ianya dilakukan oleh Norpadilah Binti Afandi. Beliau sememangnya pakar dalam bab DIY ini.

Untuk perkongsian kali ini, Norpadilah berkongsikan hasil DIY lukis shiplap wall didalam sebuah grup facebook " Kami Suka Deko Deko". Disebabkan ramai yang meminta bagaimana beliau membuatnya jadi Norpadilah ajar langkah demi langkah untuk membuat shiplap wall tersebut.

Bahan-bahan untuk membuat amatlah simple sahaja dan tidak memerlukan modal yang tinggi. Memang bagus untuk mereka yang suka diy bajet namun hasilnya kelihatan sama dengan hasil premium. Jom kita tengok hasil diy lukis shiplap wall yang dilakukan oleh Norpadilah ini.

Wanita Ini Kongsikan Bagaimana Untuk Lukis Shiplap Wall Menggunakan Marker Pen Sharpie

Sebelum ni buat dinding shiplap guna pen permanent marker Sharpie di ruang tamu. Ramai juga yang minta tutorial cara saya dan bertanya mudah atau tak. Kali ni buat di dinding ruang keluarga, dan untuk dinding keluasan sederhana macam ni boleh siap dalam masa lebih kurang setengah jam. Share sini kalau ada yang berminat nak buat. Memang mudah dan jimat

Dari Sebuah Dinding Kosong Terus Menjadi Dinding Shiplap Wall Cantik

Ini dia dinding kosong pada bahagian ruang keluarga yang hendak dilakukan lukis shiplap wall. Sebelum tu cat warna putih dahulu sebab nakkan shiplap wall berwarna putih.

Lukis Shiplap Wall

Bahan-bahan yang diperlukan adalah pembaris panjang, pembaris timbang air dan juga pen Sharpie.

Tandakan jarak 5.5 inci bermula dari atas ke bawah.

Letak pembaris macam ni, laraskan sampai betul2 lurus.

Gariskan guna tekanan sederhana supaya garisan seimbang tebal dan nipisnya.

Lukis Shiplap Wall

Lakukan proses yang sama pada setiap line shiplap wall tersebut.

Lukis Shiplap Wall

Untuk membuat lukisan ni memerlukan kesabaran dan fokus yang tinggi agar garisan tersebut tidak belok.

Hasil Akhir Sebuah Shiplap Wall Yang Cantik Hasil Marker Pen

Tadaaaa! Inilah dia hasil akhir diy sebuah shilap wall pada dinding bahagian ruang keluarga menggunakan marker pen sharpie. Selama setengah jam masa diperlukan untuk siapkan shiplap wall ini.

Lukis Shiplap Wall

Kredit : Norpadilah Binti Afandi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down