Make Over Bilik Air Berkonsepkan Monokrom Hitam Putih

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pemilihan tema atau konsep untuk sesebuah bilik air sememangnya agak merumitkan. Pelbagai faktor perlu diambil kira dalam menyediakan design bilik air. Antaranya adalah warna, rona warna dan sebagainya. Kali ini, Giler Deco akan berkongsi idea dekorasi atau make over bilik air berkonsepkan monokrom hitam putih. Buat pengetahuan, monokrom merupakan konsep yang menggunakan satu jenis warna dan disesuaikan mengikut rona warna tersebut.

 

Harini, saya ingin berkongsi idea simple bilik air untuk tetamu rumah kami ataupun org selalu panggil (Guest’s bathroom/ Toilet) kerana terletak di luar bilik & hallway.

 

Perkongsian yang menarik pada kali ini adalah daripada Xumy Lala yang mengubah bilik air guest room rumah beliau bak bilik air di hotel! Jom kita ikuti.

Barang-barang yang digunakan

 

  • Toilet bowl (white)
  • Cabinet basin (white)
  • Shower set (black)
  • Water heater (black)
  • Tissue holder (black)
  • Bidet (black)
  • Towel rack (black)

Make over bilik berkonsepkan monokrom hitam putih

 

 

Untuk pemilihan tiles, kami memang pilih dua corak untuk dapatkan mood special ala-ala hotel budget . Maka terhasillah seperti dibawah. Untuk konsep warna, kami pilih hitam & putih matching dengan tiles.

 

 

Alhamdullilah setakat ni item2 yg kami beli dari shopee semuanya berfungsi dgn baik & sangat berpuashati dgn hasilnya.
Tiles kami beli sendiri & panggil tukang untuk pasang. Untuk aksesori lain seperti shower hose, sink cabinet, water heater, toilet bowl dan lain-lain kami beli di Shopee dan suami pasang sendiri kecuali toilet bowl (tukang tolong pasangkan).

Haa, memang cantik kan hasil tangan beliau. Menurut tuan punya badan juga, kesemua barang yang digunakan dibeli melalui aplikasi Shopee sahaja. Bolehlah anda yang inginkan idea untuk dekorasi bilik air rumah anda mencuba konsep seumpama ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down