Makeover Bahagian Ruang Simpanan Dapur Bermodalkan RM400

4,739 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tak sukakan dapur yang kelihatan umpama kapal yang pecah iaitu bersepah sana sini. Dahlah bersepah lepastu serba serbi kawasan dapur tu kelihatan tidak kena dan serabut. Itulah yang dialami oleh Charli Fa ini terhadap dapur beliau yang dahulu.

Charlie Fa bertekad untuk melakukan perubahan pada bahagian dapur beliau ini. Beliau mendapat idea untuk melakukan makeover bahagian ruang dapur beliau dengan menambah ruangan dapur yang terbaharu. Bermodalkan rm400 sahaja beliau mampu membuatnya diri sendiri.

Ayuh kita lihat apakah perubahan ataupun makeover yang dilakukan oleh Charlie ini yang makan modal RM400 ini. Adakah ianya berbaloi atau tidak.

Makeover Menambah Bahagian Ruang Simpanan Tambahan Di Dapur Bermodalkan RM400

Buat simple makeover dapur. Tak reno apa2 pun, cuma tambah ruang simpanan, make sure semua barang ada rumahnya, pastu cantikkan sikit rupa dia. Makeover ni saya spend dalam RM400.

Vlog proses makeover - https://youtu.be/x3we5yYmPvo

Keadaan Dapur Sebelum Bahagian Ruang Simpanan Ini Dilakukan Makeover

Warna warni pelangi. Dah kemas pun nampak serabut. Kenapa la warna pintu ni kuning air. Shelf pun nampak caca marba.

Bahagian Ruang Simpanan

Tiarap pinggan sana sini. Kabinet IKEA fyndig lama. Satu board dah reput sebab pernah banjir dapur ni (paip sink pecah). Appliances semua pun join atas kabinet so tak ade banyak ruang nak potong bawang ke apa.

Sakit mata tengok bawah sink tapi tak nak buat kabinet kot2 terkaya nnt nk renovate rumah pulak. Hahaha.

Hasil Ruangan Tambahan Pada Dapur Ini Selepas Makeover Dilakukan

Selepas sakit hati tengok dapur yang lama , inilah dia rupa dapurku yang baharu. Haaaaaa, cantikkan? Alhamdulillah, nampak cantik, kemas dan bersih sahaja selepas makeover ini dilakukan. Tak perlu nak renovate satu dapur terus.

Bahagian Ruang Simpanan

Untuk bahagian dapur ini cuma tukarkan beberapa perkara yang penting sahaja antaranya ialah pintu asalnya warna kuning kini dicatkan kepada biru gelap.

Bahagian sinki yang terdedah tu ditutup dengan kain macam dalam gambar ni. Kain ni beli di nagoya. Sink tak tukar cuma faucet jer yang tukar.

Ini merupakan tempat stationery iaitu tempat kalau nak buat teh di pagi hari.

Sink kekal sebab masih lagi boleh guna. Cuma tukar kepala paip sahaja.

Kredit : Charlie Fa

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down