Makeover Bilik Tidur Bajet Hanya Guna Barang Kedai Murah

18,822 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap daripada anda semua pasti ada bilik tidur kan. Bilik tidur merupakan tempat untuk anda berehat, bermain permainan video atau juga menonton drama siri di televisyen. Ia merupakan ruang peribadi untuk anda lari daripada masalah.

Seorang wanita yang bernama Wani Ziwani dan pasangannya ini telah melakukan satu makeover bilik tidur bajet dengan hanya menggunakan barang deko bajet. Makeover bilik keluasan 22ft x 11kaki tersebut memerlukan hanya 2 minggu untuk disiapkan sepenuhnya.

Makeover bilik tersebut telah dikongsikan didalam laman media Facebook. Perkongsian itu merangkumi gambar sebelum dan selepas makeover dilakukan. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Makeover Bilik Tidur Bajet Dengan Hanya Gunakan Barang Kedai Bajet

Suami dan isteri berasal dari terengganu,kg.Rhu 10 dan pencinta laut,maka tema ini terhasil kerana rindukan kampung halaman dan ketenangan laut walaupun di tengah hiruk pikuk bandar johor bahru.

Semua diy sendiri,kecuali pemasangan mozek lantai. Wainscoting dan side table,wiring,cat dan deko buat sdri. Bilik ni panjang, jadi kami bahagikan sikit untuk walk in closet. Tempoh disiapkan dalam dua minggu oleh suami isteri.

Barang Deko Beli Di Kedai Bajet

Pasangan ini melakukan dekorasi rumah dengan hanya menggunakan barangan bajet seperti MR.DIY, kaison dan juga ECO. Keseluruhan makeover ini menelan belanja hampir RM1800.

Tambahan pula, suami kepada Wawa Izani ini pula merupakan kontraktor pemasangan wainscoting yang berada di Johor Bharu dengan nama Ziwani Home Deco.

Gambar Awal Bilik Tidur

Gambar asal bilik tidur yang hendak di Makeover ini.

Si suami siap buat model 3D lagi design susunan wainscoting bilik yang hendak dilakukan.

Makeover Bilik Tidur Bajet

Proses memasang jubin. Nak buat sendiri boleh jer tapi tak cukup masan. Jadi, kami upah orang jer.

Makeover Bilik Tidur Bajet

Pagi petang siam malam pasang wainscoting ni. Keadaan dinding tak rata menjadi masalah untuk gam lekatkan pada dinding.

Makeover Bilik Tidur Bajet

Kaki lampu meja yang baru dibeli ini berwarna kuning. Untuk sesuai padan dengan dekorasi, kami semburkan cat warna emas.

Proses melakukan partition walk in closet.

Makeover Bilik Tidur Bajet

Hasil Akhir Makeover Bilik Tidur Bajet

Inilah dia rupa akhir selepas bertungkus lumus membuat makeover bilik ini. Anak-anak pun suka jer tengok. Lepasni hari-hari lepak di bilik tidur.

Makeover Bilik Tidur Bajet
Makeover Bilik Tidur Bajet
Makeover Bilik Tidur Bajet

Sumber : Wawa Ziwani

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down