Perubahan Pada Bilik Tidur Kampung Gunakan Barang Baharu

8,730 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Menggunakan sesuatu barang sedia ada untuk makeover bilik tidur ini bukanlah bermaksud kita ni merupakan orang yang kedekut tetapi lebih kepada untuk elakkan daripada membeli barang yang baharu. Jika barang lama masih lagi boleh digunakan tidak perlu beli yang baharu.

Nani's Makeover menyatakan bahawa beliau melakukan makeover pada bilik tidur kampung adik iparnya tersebut gabungan daripada barang baharu dan juga sedia ada. Beli benda yang masih lagi tiada dan situ pun dah dapat jimatkan kos.

Jika dilihat kepada hasil amkeover dilakukan oleh beliau ini sememangnya sangat simple dan cantik jer. Jom kita tengok perubahan kepada bilik tidur milik adik iparnya ini.

Perubahan Pada Bilik Tidur Kampung Gabungan Barang Baru Dan Juga Barang Sedia Ada

Bantu makeover bilik tidur kampung adik ipar guna kos Paling rendah. Yang baru Tang situ cuma kapet, cadar dengan langsir kelambu je. Yang lain recycle balik kain2 langsir lama yang masih elok kainnya. Nak bawak banyak barang dari pilah ke perak tak muat kereta. Jadi kita guna la apa je yang mampunya

Makeover Bilik Tidur Gunakan Barang Baharu Dan Juga Sedia Ada

Bilik adik ipar di kampung ini.Biasalah bilik kampung sebelum makeover apa-apa memang macam ni.

Bilik Tidur Kampung

Kain langsir dengan Kain lelangit recycle kita punya kain dulu. Langsir sangkut kat pipe pvc je.

Bilik Tidur Kampung

Cadar dengan kapet anggaran rm117 termasuk pos. Jimat sungguh rasanya dengan harga tu dapat cadar ngan kapet cantik. Bantal dan sarung kusyen kecik tu buat sendiri je.

Bilik Tidur Kampung

Sebelum ni tiap malam adik ipar kena pasang kelambu. Biasa la rumah kampung kan. Kalo terlambat sikit tutup tingkap, Mula la meriah nyamuk masuk. Sekarang Bila malam tarik je kain ketepi. Takyah dah pasang cabut kelambu macam selalu.

Kredit : Nani's Makeover

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down