Makeover Bilik Tidur Kampung Konsep Room Studio

74,264 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Zaman sekarang ini, ramai di antara kita sudah pastinya pandai untuk melakukan deko dan makeover bilik tidur di kampung. Untuk melakukan makeover bilik tidur bukannya senang. Ia memerlukan ketelitian dan juga kesabaran yang tinggi.

Macam yang dilakukan oleh Keyme JXR ini, beliau telah membuat satu makeover bilik tidurnya di kampung kepada konsep "Room Studio" yang bertemakan hitam dan putih. Makeover tersebut telah dikongsikan di ruangan posting Facebook milik beliau.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi yang menarik daripada pelbagai pengguna. Kesemua makeover tersebut 100% dilakukan oleh beliau tanpa bantuan orang lain.

Untuk anda yang ingin melihat perubahan bilik tersebut, jom kita tengok perkongsian beliau.

Makeover Bilik Tidur Kampung Berkonsepkan "Room Studio" Hitam Putih

My dream room. Dari siling, cat sampai ke dekorasi bilik buat sendiri sahaja. Yang penting dapat jimat kos upah. Jangan ingat rumah kayu tak boleh jadi macam rumah batu.

Gambar Bilik Sebelum Makeover

Inilah dia rupa bilik kampung yang bakal di makeover. Banyak kerja perlu dilakukan untuk menukarkan rumah kayu menjadi rumah batu.

Makeover Bilik Tidur Kampung

Proses memasang dawai besi pada bahagian dalam bilik ini.

Lepas memasang dawai tersebut, tutupkan bahagian kayu tadi dengan sistem siling kapur.

Proses mengecat bahagian bilik tidur ini. Saya menggunakan cat warna putih.

Hasil Akhir Makeover Bilik Tidur Kampung

Tada!! Inilah dia rupa bilik tidur kampung yang telah di makeover. Kos keseluruhan untuk makeover bilik ini mencecah hampir RM3000. Keseluruhan perabot, aksesori dan juga barangan untuk bilik ini dibeli baru.

Untuk bahagian dinding kayu pula, telah ditutup menggunakan sistem siling kapur. Tema untuk bilik ini adalah warna hitam putih dengan konsep "room studio".

Makeover Bilik Tidur Kampung

Bahagian dalaman bilik tersebut. Mengekalkan konsep yang simple dan minimalis.

Makeover Bilik Tidur Kampung
Makeover Bilik Tidur Kampung

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Semoga anda mendapat inspirasi daripada perkongsian ini untuk anda yang ingin melakukan makeover bilik tidur kampung kepada bilik tidur moden. Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Keyme JXR

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down