Dapur adalah salah satu tempat yang disukai oleh ahli keluarga. Ia juga merupakan tempat yang anda akan memasak dan makan. Jadi, sangat penting untuk kita hias dan susun atur dapur mengikut kemampuan kita. Tak semestinya anda perlukan dapur yang besar, dapur yang kecil sudah memadai. Lagipun, ada beberapa cara yang boleh membuatkan dapur anda nampak besar.
Salah satu cara untuk nampak luas adalah dengan menggunakan warna putih. Seperti yang dilakukan oleh Zarra Riana iaitu beliau menghias dapur barunya dengan warna putih hitam dan berbentuk L. Susun atur dapur ini paling famous di Malaysia kerana mudah dan sangat efektif untuk memasak. Jom kita lihat dekorasi dapur baru beliau.
Sebelum Deko
Ini adalah ruang dapur beliau.Ruang ini tidak begitu luas tetapi jom kita tengok apa yang terjadi apabila beliau deko ruang tersebut.
Semasa Deko
Keadaan ruang dapur semasa membuat kabinet.
Selepas Deko
Tadaaa! Countertop, sinki, dapur memasak dah siap dipasang. Warna tiles putih itu dapat menjadikan ruang tersebut nampak luas.
Wah! Lihatlah kabinet dapurnya yang cantik ni. Beliau menggunakan mozek bercorak putih hitam untuk menaikkan lagi suasana ceria di dapur.
Gabungan warna dapur putih hitam nampak sangat cantik dan menarik.
Ruang untuk letak penapis air dan rak pinggan.
Ruang untuk memasak.
Tambahan tumbuhan hijau juga mampu menjadikan ruang tersebut nampak lebih nyaman.
Sangat cantik! Tentu ramai yang suka dapur putih hitam ni, kan? Kalau buat tema ni kat dapur, confirm isteri tiap hari nak masak. Betul tak? Hehe.
Semoga perkongsian ini dapat memberi anda idea untuk mendeko ruang dapur rumah anda. Semoga bermanfaat!
Kredit : Zarra Riana