Rumah adalah tempat tinggal yang sangat penting untuk semua orang. Walaupun ia hanyalah rumah kecil atau hanya seperti pondok, kita perlu bersyukur sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk berteduh. Orang kata "Biar kecil janji bahagia".
Apa yang uniknya pada perkongsian kali ini adalah, beliau memilih untuk mengubahsuai ruang bawah rumah keluarganya untuk dijadikan sebagai syurga beliau dan anak-anak.
Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Sebelum dan selepas
Mini house kami 3 beranak, dekat atas rumah mak ayah kita orang jadi P. Ramlee duduk dekat bawah. Biar kecik asal bahagia tak kacau orang.
Gambar keadaan pintu masuk rumahnya sebelum diubahsuai. Sekarang ini beliau sudah tukar cat kepada warna kuning.
Keadaan bahagian bawah rumah sebelum diubahsuai. Sebelum diubahsuai, boleh dikatakan sudah macam stor. Jom kita lihat perubahan yang dihasilkan oleh mereka.
Bahagian ruang tamu di awal ubahsuai ruang ini dilakukan.
Keadaan ruang tamu selepas setahun. Beliau telah dikurniakan dengan dua cahaya mata yang comel molek.
Ruang makan sebelum dideko.
Keadaan ruang makan setelah diberi sedikit sentuhan dekorasi.
Ini pula adalah ruang bilik tidur pasangan ini.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Bahagian dapur selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.
Kredit: Nad Nasir