Journey Makeover Ruang Makan Rumah Flat Sewa Guna Perabot Terpakai

310 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ramai yang beranggapan rumah sewa tidak perlu dideco. Sebenarnya, sekiranya pemilik rumah telah memberi keizinan untuk mendeco, ia tidak menjadi masalah.

Perkara tersebut telah dibuktikan oleh penyewa ini yang bernama Noor Hafiza Mohamad. Beliau dan suami telah mengubahsuai rumah sewanya itu menjadi lebih cantik dan menarik.

Jadi, jika ingin melihat hasil ubahsuai yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Makeover Ruang Makan Rumah Flat Sewa Guna Perabot Terpakai

Perjalanan ubahsuai dining area rumah flat sewa di Selangor

Beliau berkata, ketika mula-mula masuk rumah ini tahun 2013, kami tak terus cat, kononnya kalau cat, banyak kerja, leceh nak mengemas, ada bau dan susah.

Jadi beliau tampal wallpaper. Frame pintu pun balut dengan wallpaper. Apabila trend wallpaper sudah mula hilang, barulah rasa nak bermain dengan cat.

Ketika ini, anak-anak sedaralah jadi kuli datang membantu. Dalam gambar di bawah ini, Abang Chik tukang cat dekat ruang tamu. Along pula cat dalam bilik tidur. Ruang lain kami suami isteri cat sendiri.

Makeover Ruang Makan

Sewaktu ini, semua nak buat secara DIY sahaja. Nak upah orang terasa mahal kosnya nanti, maklumlah rumah sewa. Jadi, semua buat sendiri. Beli cat semua tak pernah claim dengan tuan rumah, janji tuan rumah tak marah rumah ini diubahsuai mengikut selera mereka. Katanya.

Journey Make Over Ruang Makan Rumah Flat Sewa Guna Perabot Terpakai

Kami sudah melalui fasa-fasa semua benda nak DIY dan sekarang semuanya sudah upah orang untuk buatkan. Sudah tak kuasa nak buat sendiri sebab rasa penat, janji ada bajet.

Journey Make Over Ruang Makan Rumah Flat Sewa Guna Perabot Terpakai

Awal perkahwinan, beli perabot terpakai sahaja, jelajah kedai perabot terpakai dari Singapore. Tengok perabot terpakai pun sudah meleleh air liur kami. Sekarang terliur perabot kayangan pula.

Journey Make Over Ruang Makan Rumah Flat Sewa Guna Perabot Terpakai

Best sangat pada ketika ini, tenaga tengah banyak, masa pun banyak. Duit je tak berapa nak banyak. Beli perabot terpakai dan cat semula. Semuanya hasil korek ilmu dalam Youtube dan group deko di Facebook.

Journey Make Over Ruang Makan Rumah Flat Sewa Guna Perabot Terpakai

Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini.Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Kesimpulannya, jangan takut bermimpi untuk miliki rumah cantik.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down