Makeover merupakan satu aktiviti yang boleh membuka minda dan idea seseorang itu. Ia juga dapat meningkatkan lagi daya kreativiti sesorang untuk mengembangkan lagi idea mereka.
Satu perkongsian daripada Fazreen Yunus di laman sosial Facebook beliau iaitu melakukan makeover rumah flat yang hanya berkeluasan 806sqft hasil idea dan kreativiti sendiri. Perkongsian tersebut telah pun dikongsikan didalam sebuah grup facebook "Deco Rumah Flat".
Perkongsian milik Fazreen Yunus ini mendapat pelbagai komen positif. Ada menyatakan bahawa hasil dilakukan oleh beliau amatlah cantik. Jom kita lihat bagaimana makeover rumah flat ini mampu menarik perhatian orang ramai.
Settle sudah makeover rumah berkeluasan 806sqft. Beli yang mana patut. Wiring semua dan memasang aksesori baru serta spray sahaja yang mana nampak buruk.
Ini perkongsian gambar ruang tamu sebelum melakukan proses makeover.
Ini gambar ketika proses makeover di ruang tamu yang sedang dijalankan.
Warna kelabu adalah pilihan warna yang dipilih oleh beliau. Warna ini sangat sesuai dan dapat mewujudkan lagi suasana rasa tenang dan memberikan tenaga apabila pulang dari kerja.
Jenama cat: Jotun
Nama cat: Pebblestone
Ini cara beliau memasang wainscoting hanya menggunakan cable casing sahaja. Kreatif!
Wainscoting tu jimat sikit sebab saya hanya menggunakan cable casing sahaja termsauk di bahagian pintu bilik, selagi boileh jimat kita jimat.
Ini pula gambar proses mencantikkan kembali barangan elektrik seperti kipas, lampu bergantung dan kitchen hood dengan menggunakan kaedah semburan (spray) warna hitam yang kelihatan lebih menawan.
Lagi satu, kipas dan kitchen hood saya spray semula je, bagi nampak macam baru.
Gambar Sebelum Makeover Di Ruang Dapur Rumah
Proses meleraikan kabinet lama di ruang dapur.
Akhirnya, ini adalah hasil selepas pemasangan wainscoting, kabinet dapur serta barangan elektrik pada rumah beliau. Perbezaan yang sangat menarik hasil daripada kreativiti dan idea beliau sendiri dengan suasana yang lebih menenangkan.
Semoga perkongsian ini akan memberi inspirasi kepada pembaca Giler Deco. Selamat mencipta inspirasi!
Sumber : Fazreen Yunus