Makeover Rumah Pusaka Lama Arwah Mak

13,761 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah pusaka adalah satu tempat yang boleh dikatakan banyak meninggalkan kenangan bermakna buat kita. Hal ini kerana, di situ jugalah tempat kita membesar dan bermain.

Jadi, bagi memastikan keluarga kita dapat hidup dengan selesa, tidak salahnya jika kita cuba untuk ubahsuai rumah tersebut supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik asal rumah ini yang bernama Yatt Zainudin. Beliau telah berjaya menghasilkan makeover rumah pusaka lama arwah maknya itu dengan satu konsep baru yang cukup menawan.

Jadi, jom sama-sama kita lihat hasil ubahsuai yang dilakukan ini.

Makeover Rumah Pusaka Lama Arwah Mak

Cadangnya nak buat frame dan letak cermin besar. Tapi tak payahlah. Nanti siap rumah sendiri, buat dekat rumah sendiri. Sekarang hias je la dulu rumah arwah mak.

Tukar tikar baru sebab sudah reput dan semut bersarang. Tukar lampu, kipas itu spray matte black dan kerusi kayu vernish je warna hitam.

Pokok skybird beli dari Shopee. Repair dinding yang pecah karpet memang tak pakai sudah sebab masing-masing alahan.

Keadaan rumah semasa proses ubahsuai mula dilakukan.

Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama

Sarung bantal, kusyen jahit sendiri.

Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama

Keadaan rumah sebelum diubahsuai. Kelihatan agak berserabut.

Makeover Rumah Pusaka Lama

Perabot lama ini akan dicat semula.

Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama

Kerusi kayu lama selesai dicat semula.

Makeover Rumah Pusaka Lama

Bahagian dinding pecah ditampal semula.

Makeover Rumah Pusaka Lama

Selepas itu, aktiviti menyapu habuk dilakukan oleh anaknya.

Makeover Rumah Pusaka Lama

Tikar getah lama mula dicabut.

Makeover Rumah Pusaka Lama

Rupa lantai selepas tikar getah dicabut.

Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama

Keadaan ruang makan selepas berjaya di deco.

Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama

Kipas di spray supaya kelihatan baru semula.

Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama

Langsir sebelum ini sudah 14 tahun. Jadi, tukar baru jahit sendiri. Bantal kusyen jahit sendiri, tukar warna dinding dan sarung kusyen plain beli dekat lazada. Kemudian pasang lampu yang dibeli di Shopee siap.

Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama
Makeover Rumah Pusaka Lama

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam ubahsuai rumah lama. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down