Makeover Rumah Pusaka Lama Dengan Hasil Tangan Sendiri

Rumah pusaka merupakan harta benda berharga yang telah ditinggalkan oleh kedua ibu bapa untuk diwarisi oleh keluarganya. Kebiasannya rumah pusaka lama ini memerlukan pembaharuan daripada segi sturktur binaan rumah, pembersihan kawasan sekitar rumah dan lain-lain.

Apabila bercakap mengenai makeover, pastinya ia berkait dengan sejumlah wang yang akan digunakan semasa melakukan proses makeover tersebut. Oleh itu, menetapkan perancangan kewangan adalah salah satu perkara utama yang perlu dilakukan bagi sesiapa sahaja yang ingin membaik pulih rumah atau melakukan dekorasi.

Ini adalah kerana perancangan kewangan yang baik dapat membantu anda daripada menggunakan wang melebihi bajet yang telah ditetapkan. Makeover rumah simple pun tak apa yang penting kemas dan selesa untuk seisi keluarga.

Jom ikuti perkongsian dari Dalila Mamat mengenai rumah pusaka lama arwah ibu beliau yang telah dilakukan makeover.

Rumah Pusaka Lama Diberi Wajah Baru Dengan Hasil Tangan Sendiri

@dilangg95

Make over rumah pusaka arwah Mek 💪🏼 Sebelum dan selepas duit terbang 💸 #fyp #rumahkusyurgaku

♬ Paro Paro G - djsandyremix

Kawasan Luar Rumah Sebelum Lakukan Proses Makeover.

Persekitaran rumah tidak memerlukan tenaga dan masa yang banyak untuk melakukan proses pembersihan.

rumah pusaka lama

Ruang dapur nampak bersepah sikit sebab semua barang letak dekat luar sementara buat tunggu kabinet dapur siap.

Rumah di cat dengan warna lain supaya nampak lagi menarik dan menyerlah. Sis Dalila Mamat telah memilih untuk mengecat bahagian luar rumah dengan kombinasi warna biru dan grey.

Keadaan Rumah Selepas Siap Makeover

Hasil yang sangat wow bila rumah pusaka dapat di lakukan makeover sebegini rupa. Keadaan luar rumah nampak seperti rumah baru. Ruang tamu di deko dengan cara yang simple tapi nampak mewah. Bahagian dapur pula jadi lebih kemas dan luas dengan adanya kabinet.

rumah pusaka lama
rumah pusaka lama

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai proses makeover rumah pusaka pada kali. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda.

Sumber : @dilangg95 (Tik Tok)

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Mei 14, 2022
Dikemaskini pada
Mei 14, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down