Ubahsuai Rumah Sewa Lama Berkonsepkan Emerald Green

7,986 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tinggal di rumah sewa boleh dikatakan agak mencabar untuk kita fikirkan bagaimana cara yang sesuai dalam menghasilkan dekorasi pada rumah tersebut.

Kadangkala, ramai penyewa yang berfikiran untuk ubahsuai rumah sewa agak tidak berbaloi oleh sebab ianya bukan rumah tetap untuk kita. Tetapi, tidak bagi pasangan penyewa ini yang bernama Areena Areesya Full. Mereka telah melakukan projek ubahsuai ringkas pada rumah rumah sewa tersebut untuk keselesaan mereka sekeluarga.

Jadi, tanpa berlengah lagi, jom kita lihat hasil rumah sewa ini setelah berjaya diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Sewa Lama Jadikan Lebih Baru

Dari Pertama kali pergi tengok rumah 5 tahun lepas, penat lelah cuci rumah, beli barang sikit-sikit masuk rumah dan beli barang yang penting dahulu. Bila dah masuk rumah, ada rezeki lebih sikit. Beli tambah barang dalam rumah. Alhamdulillah, rezeki lebih sikit tahun ni.

Masih rasa bersyukur dengan nikmat Allah bagi. Terima kasih Suami sebab menyokong saya untuk deco rumah. Walaupun simple, saya berpuas hati sangat buat masa sekarang ini. Ada sahaja dekat kepala ini nak tambah barang sebab fikir rumah sewa lagi. Jadi, pendam dahulu keinginan itu, nanti sudah ada rumah sendri, kita deco gaya lain pula.

Bahagian ruang tamu rumah ini sebelum diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Sewa Lama
deco rumah sewa

Waktu ini pertama kali datang tengok rumah sewa pada 5 tahun lepas.

deco rumah sewa

Beliau berkata, agak berpeluh juga ketika cuci rumah.

deco rumah sewa

Dapur ini agak serabai. Nanti akan diubahsuai supaya sedap mata memandang.

deco rumah sewa

Ketika ini mereka belum masuk rumah lagi. Baru letak barang sikit-sikit. Beli yang penting-penting sahaja dahulu.

Ubahsuai Rumah Sewa Lama

Kosong sahaja rumah masa ini (5 tahun lepas).

Ubahsuai Rumah Sewa Lama

Dapur masa mula-mula menyewaa dahulu dengan hanya cara ringkas. Barang keperluan rumah yang penting-penting semua suaminya telah sediakan.

Barang dapur pun sikit sahaja. Mereka beli serba sedikit.

deco rumah sewa

Inilah hasil setelah selesai di ubahsuai. Maka jadilah "rumahku syurgaku".

deco rumah sewa
deco rumah sewa
deco rumah sewa

Cat corak geometri itu dilakukan oleh suaminya.

deco rumah sewa
deco rumah sewa

Ruang makan setelah dideco.

deco rumah sewa
deco rumah sewa

Lampu pada bahagian belakang itu asalnya ranting yang ada lampu sahaja. Beliau beli di Shopee. Bunga itu, beliau gam sendiri. Mungkin tak nampak bunga dekat ranting itu sebab gambar jauh.

deco rumah sewa

Menarik kan perkongsian ubahsuai rumah sewa yang dilakukan oleh mereka?

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea dan inspirasi buat semua pembaca dalam menghasilkan dekorasi pada rumah sewa masing-masing. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down