Makeover Rumah Subsale Hasil Idea Dari Pinterest

13,585 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah yang kelihatan lusuh dan suram tidak semestinya akan terus kekal sebegitu. Sebagai pemilik rumah, sudah pasti kita mengimpikan untuk tinggal di dalam keadaan yang selesa dan tenang. Namun, jika kita dapat jadikan rumah kediaman itu kelihatan mewah dan menarik, itu merupakan bonus buat kita dan keluarga.

Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Sheera Syamsury. Beliau dan suami telah menghasilkan makeover rumah subsale yang dibelinya kepada konsep dan gaya baru yang cukup kelihatan mewah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom terus ikuti di bawah ini.

Makeover Rumah Subsale Hasil Idea Dari Pinterest

Asalamualaikum.

Alhamdulilah, bulan July 2022, genap 2 tahun pindah rumah ini.

Rumah jenis subsale, Biasalah banyak sangat nak dibuat. Kitchen area soon baru kita post. Insyallahhh.

Ruang tamu sebelum diubahsuai.

Makeover Rumah Subsale

Keadaan ruang tamu selepas diubahsuai. Kos pembelian kayu spin dan cat habis sekitar RM220. Untuk kabinet IKEA Besta itu pula dibuat secara custom.

Makeover Rumah Subsale

Ruang makan sebelum diubahsuai.

Makeover Rumah Subsale

Ruang makan selepas diubahsuai.

Makeover Rumah Subsale

Ruang dapur sebelum diubahsuai.

Makeover Rumah Subsale

Gambar ruang dapur yang belum siap dan dideko sepenuhnya.

Makeover Rumah Subsale

Bilik air utama sebelum diubahsuai.

Makeover Rumah Subsale

Bilik air utama selepas dicat dengan Epoxy.

Makeover Rumah Subsale

Keadaan bilik air belakang sebelum diubahsuai.

Makeover Rumah Subsale

Bilik air ini juga dicat dengan Epoxy. Kod warna yang digunakan beliau tidak berapa pasti sebab upah orang. Kos untuk Epoxy dua bilik air sekitar RM500.

Makeover Rumah Subsale
Makeover Rumah Subsale

Pagar sebelum diubahsuai dan dideko.

Makeover Rumah Subsale

Beliau memilih untuk letak rumput tiruan untuk hasilkan pagar privasi. Kalau nak tukar pagar elektrik bajet agak besar dan masih tidak mencukupi.

Rumput tiruan ini beliau beli di Shopee sahaja jenama Aqsa. Harga dalam Rm245 untuk dua keping. (outdoor grass).

Makeover Rumah Subsale

Barangan yang ditinggalkan oleh pemilik lama.

Makeover Rumah Subsale

Pada bahagian ruang tamu ini, Ayah mertua beliau buatkan dengan guna wainscoting. Dari beli kayu ketam, kayu ukur, semua beliau lakukan sendiri.

Kalau nak buat wainscoting ini seeloknya pakai adjustable lazer level supaya senang dan memudahkan kerja.

Makeover Rumah Subsale

Ruang tamu yang dihasilkan simple sahaja. Beliau berkata, masih belum ada idea nak tambah barang lagi.

Makeover Rumah Subsale
Makeover Rumah Subsale

Idea semua dari pinterest.

Makeover Rumah Subsale
Makeover Rumah Subsale

Idea ruang laundry yang cukup simple. Ideanya adalah terinspirasi dari tiktok. Untuk frame beliau beli dari Eco sahaja. Dispenser pula beliau beli dari Mr.DIY dengan harga sekitar RM2700. Shelf itu dibeli dari Aeon big berharga RM40.

Makeover Rumah Subsale

Bahagian bilik belakang dijadikan bilik gaming.

Makeover Rumah Subsale
Makeover Rumah Subsale

Sangat menarik ubahsuai yang dilakukan dari keadaan rumah yang sangat lusuh mampu ditukarkan menjadi lebih mewah dan cukup menarik.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi dan idea buat pembaca di luar sana dalam cuba untuk hasilkan dekorasi seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down