Misi Untuk Membuat Halaman Rumah Santai Yang Cantik

239 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dah ramai yang membuat halaman rumah mereka berlanskapkan sebuah halaman santai dengan rumput karpet. Sebab apa ramai guna rumput karpet? Sebab rumput karpet merupakan bahan yang ideal untuk digunakan dalam membuat sebuah lanskap rumah.

Khamdiah Khodari juga tidak ketinggalan dalam misi beliau membuat sebuah halaman rumah santai dihiasi dengan rumput karpet premium. Menurut beliau, segala penat lelah yang dilakukan oleh beliau akhirnya berbaloi selepas melihat hasil akhir yang dilakukan ini.

Untuk pengetahuan anda semua, kos untuk membuat halaman rumah santai cantik sebegini memakan kos sebanyak RM3700. Jumlah yang banyak namun ianya berbaloi berbanding mengupah orang yang mungkin caj harga lebih mahal.

Misi Membuat Halaman Rumah Santai Yang Cantik Dihiasi Dengan Rumput Karpet Premium

Misi mencantikkan halaman rumah santai. Simpan sini buat kenangan. Memandangkan pkp ni tak nampak bayang nak habis so saya pulun jugak siapkan landskap halaman rumah ni bagi merawat kekecewaan tak dapat balik kampung. Dah banyak bulan dah tak balik kampung .

Korang yang dah tepu otak duk rumah tu boleh la try buat. Tak ade tanah buat katt balkoni pun tak de hal. Tak ada balkoni buat depan pintu masuk pun ngam je. Bak kata big bos, kita buat dia bukan dia buat kita. Ok, nak buat ni melibatkan beberapa fasa.

Fasa-Fasa Dalam Melakukan Proses Halaman Rumah Santai

  • Fasa 1 : Clearkan tanah dari rumput dan batu2. Fasa paling penat dan struggle bagi ibu beranak 3 macam saya ni. Kena curi2 masa time anak2 tido baru boleh buat. Hari2 mencangkul naik kematu tangan mak . Tak campur tangan melecet, sakit urat lagi and muka burn. Sebab tu fasa ni yang paling lama nak siap.
  • Fasa 2 : Pasang weetmat. Fasa ni sekejap je. Tapi tu pun sebab ada bibik mak mertua datang tolong. Sebelum pasang weetmat ni saya panggil tukang kebun racun dulu so that rumput liar tak tumbuh. Idoklah saya nak racun sendiri. Tak lalu nak angkut tong racun.
  • Fasa 3 : Fasa ni pun penat jugak sebab nak kena angkut pasir dan ratakan. Yang ni pun kredit to bibik aka helper saya. Tapi fasa ni kami buat sekerat je sebab tak ada compactor. So big bos panggil kawan dia mari tolong buat bagi elok.
  • Fasa 4 : Pasang artificial grass. Sebab apa pasang artificial bukan tanam rumput betul? Sebab saya malas nak maintain. Anak pun kadang saya malas nak jaga apatah lagi rumput. Rumput betul ni kalau tak jaga elok nanti boleh tumbuh rumput2 liar, pastu warna pulak tak sekata sebab ada part2 rumput mati tu. So tak cantik. Saya nak pagi2 buka pintu je nampak pemandangan menghijau depan mata.
  • Fasa 5 : Touch up dengan mini landskap. Yang ni optional. Saja buat nak bagi cantik dan sedap mata memandang. Saya ni tak la minat bunga sangat. Tapi kalau bunga di organize cantik2 saya suka.

Proses Dalam Mencantikkan Halaman Rumah Santai Pada Waktu Lapang

Masa ni dah siap clearkan tanah tinggal nak angkut tanah tu buang.

Halaman Rumah Santai

Ni sempat pasang weetmat separuh je sebab start pasang dah lewat dalam jam 6 petang camtu. Sebab dah tak sempat siapkan saya sambung esok paginya.

Halaman Rumah Santai

Dah siap pasang weetmat. Masa ni pulun siapkan bwh terik matahari smpai burn muka.

Proses nak buat mini landskap. Saya letak tanah hitam untuk bunga hidup dengan lebih baik. Bunga dalam gambar ni la bunga Angelonia. Ada macam-macam warna tapi saya pilih warna pink.

Tengok anak happy dapat santai even tak siap touch up lagi. Longkang tu tutup siap dengan drain cover so selamat untuk budak-budak main lari.

Halaman Rumah Santai

Tadaa. Dah siap mini landskap. Bunga purple kat tepi2 tu bunga Exacum. 

Jaring kat pagar tu je yang mencacatkan pandangan sikit. Pasang sebab tak nak bagi kucing kami keluar pi merayap rumah jiran tapi tak cukup pula.

Halaman Rumah Santai

Utk bahagian tangki kumbahan tu kena potong rumput tu separuh siap2. Next time kalau nak buat maintainance ke senang. Selak je.

Halaman Rumah Santai

Hasil Akhir Selepas Misi Berjaya Dalam Membuat Halaman Rumah Santai Ini

Masa ni actually dah dekat seminggu mencangkul tapi takat situ je la mampu sampai. Punyalah terkedek2. Pelan2 kayuh akhirnya siap jugak.

Kredit : Khamdiah Khodari

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down