Nabil Ahmad Kagum Dengan Dekorasi Tandas Emas Milik Sharifah Shahirah

14,796 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa sahaja yang tak kenal dengan Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah, Betul tak? Perwatakan Shiera yang sangat mencuit hati dan peramah menyebabkan ramai peminat selesa dengannya.

Baru-baru ini Shiera telah memuat naik beberapa video hari raya menerusi laman media sosial instagram milik beliau. Salah satu dari video tersebut telah mendapat perhatian dari orang ramai apabila melihat tandas kayangan milik Shiera.

Video berdurasi 1 minit itu telah mendapat 149 ribu tanda "like". Video ini menunjukkan reaksi Nabil Ahmad yang begitu excited dan kagum melihat toilet Shiera yang begitu eksklusif dan elegan.

Reaksi Nabil Ahmad Masuk Tandas Shiera Ijoy Buat Orang Ramai Terpesona

Dalam toilet pun ada chandelier mewah! Memang betul-betul toilet kayangan ni! Siap boleh tukar tiga warna lagi.

tandas

Gabungan warna white and gold sememangnya gabungan warna yang mantap. Ia menjadikan ruang toilet tampak lebih mewah.

Reaksi jelas dari Nabil Ahmad yang begitu teruja dengan dekorasi tandas kayangan milik Sharifah Shahirah.

Rekaan paip air yang sangat unik. Satu dalam sejuta ni!

Sinki yang bewarna emas chrome ini membuat Nabil Ahmad terpesona. Siap cakap lagi. Jangan bagi isteri dia tahu. Kalau tak confirm isteri di nak. Mana ada perempuan yang tak nak toilet mewah macam ni kan.

Nabil masih lagi terpegun dengan barang-barang tandas yang sangat unik dan mewah.

tandas

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi toilet milik Sharifah Shahirah.

Kredit : shieraijoy (IG)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down