"Rumah Dihina Macam Kandang Kambing" Gadis Ini Nekad Bina Rumah Kayangan

43,835 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Lidah merupakan senjata paling tajam. Dengan lidah, manusia akan menyakiti hati saudaranya yang lain. Seperti keadaan yang telah dialami oleh seorang gadis yang dikenali sebagai eytamin.

Gadis ini telah mendapat hinaan tentang keadaan rumahnya yang disamakan seperti kandang kambing. Beliau juga turut ditinggalkan oleh kekasihnya disebabkan keadaan rumahnya.

Percintaan mereka dianggap hanya untuk menumpang kemewahan keluarga si dia sahaja. Hello! Bukan semua perempuan mata duitan tau. Sekarang ni dah ramai perempuan yang pandai cari duit sendiri. Sama seperti gadis ini yang memiliki duit sendiri dengan hasil jualan tudung.

Gadis Nekad Bina Rumah Kayangan Selepas Rumah Dihina Seperti Kandang Kambing

Dihina rumah mcm kandang kambing 🐐 bukan dendam cuma terkilan

@eytamin

dihina rumah mcm kandang kambing 🐐 bukan dendam cuma terkilan ..

♬ Esok masih ada - Amsyarleee

Allahuakhbar siapa saja antara kita yang tidak sedih apabila rumah dihina seperti kandang kambing. Ibu "dia" juga tak restu disebabkan miskin. Sedih, pilu, kecewa semua ada.

Tapi apa-apa pun kita kena ingat perancangan Allah adalah yang terbaik. Boleh jadi apa yang kita suka tu bukan yang terbaik untuk kita.

Keadaan Rumah Dahulu

Ini merupakan keadaan rumah yang telah dihina seperti kandang kambing tersebut.

Selepas beberapa bulan kecewa, gadis ini bangkit dan bina rumah kayangan sendiri. Ini merupakan bukti bahawa beliau bukan nak menumpang kesenangan si dia.

rumah kayangan

Orang ramai bangga dan kagum dengan semangat gadis ini. Ada juga yang ingin menjadikannya sebagai inspirasi untuk jadi seorang yang lebih bersemangat dan positif.

Sekian sahaja perkongsian Giler Deco mengenai transformasi rumah kayangan yang dulu dihina seperti kandang kambing. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada korang semua. Jangan sesekali menghina orang lain. Diri sendiri tak sempurna mana pun.

Kredit: @eytamin (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down