Netizen Puji Rumah "House Tour" Issey Dan Isteri. Nampak Kreatif Dan Cantik Jer

31,468 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pelakon,penyampai radio dan juga pelawak kumpulan Titan, Issey Fazlisham ini memang tidak asing lagi didalam nama-nama terkenal artis Malaysia ini. Personaliti beliau yang bersahaja dan tidak sombong serta meninggi diri membuatkan ramai orang senang bergaul dengannya.

Terdapat satu video yang telah mencuri perhatian netizen-netizen di Malaysia iaitu video house tour Issey dan isteri. Video itu dimuat naik di saluran Youtube dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Issey menunjukkan suasana diluar rumah dan juga dalaman rumah yang lengkap dengan perabot.

Setiap perabot daripada segenap sudut dirumahnya dijelaskan oleh selebriti ini sendiri macam mana mereka mendapatkannya. Setiap ruang didalam rumah tersebut termasuk dekorasi bilik turut dipaparkan didalam video tersebut. Jom kita tengok dulu gambar dan juga video house tour Issey ini.

Netizen Puji Rumah "House Tour" Issey Dan Isteri. Nampak Kreatif Dan Cantik Jer

PREVIEW

Issey
Issey
Issey

Haaaaaaa, macam mana dengan house tour artis kita ini? Hiasan didalam rumah ini sangat cantik. Bukan sahaja cantik, namun kelihatan kreatif dengan cara susunan perabot-perabot dan juga dekorasi dalam rumah beliau. Yang menarik sekali, beliau tidak nampak berlebih-lebihan dalam menunjukkan dalaman rumahnya.

Untuk pengetahuan anda, video ini telah mencecah sebanyak 615k view dan juga mendapai sebanyak 15k like daripada netizen-netizen kita. Ramai yang meninggalkan reaksi ataupun komen mereka mengenai video tersebut. Antaranya ialah :-

" Rumah cantik, persekitaran bersih dan aman jer "

" Tidak tergedik-gedik macam artis lain yang menunjuk "

Issey

" Lemah lembut dan low profile jer pasangan ni "

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco kali ini. Diharap anda dapat sedikit informasi mengenai dekorasi dan juga hiasan daripada artikel ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Geng Issey Youtube

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down