Syahmi Sazli Kongsikan House Tour Rumah Baharu Beliau

1,616 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tak kenal pelakon dan juga bintang sensasi youtube dari drama spontan iaitu Syahmi Sazli. Personaliti beliau yang bersahaja dan tidak sombong serta selalu membuat jenaka membuatkan ramai orang sangat senang untuk bergaul dengannya.

Pelakon & pelawak dari negeri Cik Siti Wan Kembang baru-baru ini telah pun tersenarai di dalam antara top 5 Pelakon Filem Lelaki Paling Popular. Walaupun tidak merangkul apa-apa trofi, beliau tetap senyum dan gembira dengan Asif yang memenangi trofi dalam Artis Komedi Paling Popular.

Kejayaan demi kejayaan yang datang ini telah membuahkan hasil dan telah membina sebuah rumah untuk keluarganya. Beliau telah melakukan house tour sekitar rumah beliau dan berkongsikan di dalam Instagram miliknya iaitu syahmi sazli. Jom kita tengok dalaman rumah "house tour" syahmi sazli yang terbaharu ini.

Bintang Youtube Sensasi, Syahmi Sazli Kongsikan Video "House Tour" Rumah Beliau Yang Terbaharu.

Assalamualaikum w.b.t.

Mari, hari ni Mi nak tunjukkan dan membuat house tour sedikit.

House Tour Rumah Syahmi

Bahagian Ruang Tamu

Inilah bahagian ruang tamu didalam rumah syahmi ini. Dalaman pun dah kelihatan sangat luas dan cantik.

Selain itu, wainscoting cermin juga turut ada pada bahagian ruang tamu ini.

Bahagian Dapur 

Beralih pula kepada bahagian dapur.

Syahmi mengatakan bahawa beliau berminat dengan design dalam internet dan meminta orang untuk melakukannya. Maka terjadi lah dekorasi bahagian dapur yang cantik sebegini.

House Tour Rumah Syahmi

Bilik Studio Khas Untuk Edit Video

Jika Syahmi baru sahaja shooting video dan ingin mengeditnya. Inilah bilik khas beliau untuk edit video atau juga untuk membuat kerja.

House Tour Rumah Syahmi

Bahagian Bilik Asif Dan Yoe

Syahmi juga tidak lupa untuk menyediakan sebuah bilik khas untuk 2 rakan baiknya iaitu asif dan juga yoe.

House Tour Rumah Syahmi
House Tour Rumah Syahmi

Bahagian Ruang Bersantai

Terdapat satu ruang yang cantik kesukaan beliau iaitu bahagian beranda luar untuk bersantai. Merutut syahmi ini, bahagian ini sangat tenang dan sesuai untuk melepak sambil berfikir pasal kerja.

House Tour Rumah Syahmi
House Tour Rumah Syahmi
Rumah syahmi sazli

Sangat cantik dan menarik rumah beliau dengan design yang terkini! Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga ia dapat menjadi inspirasi kepada peminat-peminat Syahmi Sazli dan juga anda semua untuk menghias rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber : @syahmisazli

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down