Projek Renovation Ruang Tamu Berkonsepkan Farmhouse

3,194 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Perintah kawalan pergerakan (PKP) suatu ketika dahulu membuatkan kita semua lebih memilih untuk berada di rumah bagi mengelakkan penyebaran wabak Covid19.

Jadi, sewaktu berada di rumah, kebanyakan pemilik rumah mula berkira-kira untuk ubahsuai rumah kediaman bagi memanfaatkan masa terluang keberadaan di rumah.

Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini bernama Farhani Hanania. Beliau telah memanfaatkan masa tersebut dengan menghasilkan projek renovation ruang tamu berkonsepkan gaya Farmhouse.

Jadi, jom kita ikuti perkongsian makeover rumah yang sangat menarik ini.

Projek Renovation Ruang Tamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, saya nak kongsi sebelum dan selepas sedikit renovation ruang tamu rumah saya.

Wainscoting, grand mirror, spc floor dan shiplap wall semua suami yang buatkan sendiri ikut masa free dia, ikut mood dia. Tema main suka hati sahaja janji sedap mata memandang. Barang banyak beli di kedai-kedai hardware, kedai secondhand, marketplace, Carousel, Shopee.

Kalau ada kekurangan dan pandangan cadangan lain mohon komen. Saya laki bini baru nak belajar deko.

Keadaan ruang tamu ke dapur sebelum diubahsuai.

Projek Renovation Ruang Tamu

Proses ubahsuai mula dijalankan.

Projek Renovation Ruang Tamu

pada bahagian dinding dipasang dengan hiasan berkonsepkan shiplap wall.

deco ruang tamu

Bahagian dinding tadi setelah selesai dipasang shiplap.

deco ruang tamu

Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.

deco ruang tamu

Ini rupa ruang tamu tadi sebelum diubahsuai.

deco ruang tamu

Beliau menggunakan konsep deco ruang tamu ala eropah "fireplace"

deco ruang tamu

Keadaan dinding pada ruang tamu setelah grand mirror dipasang.

deco ruang tamu

Ruang tamu dari pandangan penuh setelah diubahsuai.

deco ruang tamu

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea dan sumber inspirasi bagi menghasilkan ubahsuai rumah supaya lebih berseri.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down