Wainscoting dan dinding accent cukup sinonim dengan kelebihan yang mampu menjadikan sesuatu ruang itu kelihatan lebih menarik dan wow.
Wainscoting dan dinding accent biasanya dipasang pada bahagian ruang tamu, bilik tidur, dan beberapa ruang yang bersesuaian dengan penggunaannya.
Namun, pada perkongsian kali ini, pemilik rumah ini yang bernama Zai Zainal telah memilih untuk melakukan pemasangan pada bahagian ruang tamu.
Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Akhirnya siap jugak. Terima kasih kepada yang memberi inspirasi sedikit sebanyak dapat membantu hasilkan projek DIY sebegini.
Proses pemotongan kayu dilakukan bagi menghasilkan bingkai cermin wainscoting.
Tampal kayu wainscoting yang dipotong tadi pada bahagian dinding.
Beginilah keadaan kayu wainscoting tadi ditampal membentuk bingkai.
Bingkai wainscoting dan tingkap itu di cat 1 lapisan terlebih dahulu.
Bahagian tingkap dipasang bidai. Dinding accent itu kemudian dicat dengan warna gelap.
Beginilah rupa bahagian dinding setelah pemasangan wainscoting cermin, bidai dan dinding accent selesai dilakukan.
Setakat ini sahaja perkongsian mengenai Projek DIY dekorasi ruang tamu pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.