Slat wall terkenal dengan reka bentuk yang cukup menarik apabila dilekatkan pada bahagian dinding. Penggunaan slat wall mampu menukarkan suasana dalaman rumah suram menjadi lebih ceria jika dihasilkan dengan cara yang betul.
Slat wall biasanya dihasilkan pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Contohnya, pada bahagian dinding ruang tamu, divider pemisah ruang, ruang tangga dan ruang-ruang yang agak tersorok bagi menimbulkan keceriaan pada ruang tersebut.
Untuk perkongsian kali ini, pemilik rumah yang bernama Hafiz Othman telah memilih untuk melakukan projek pemasangan dinding slat pada ruang tangga.
Jom kita lihat bagaimana ianya dihasilkan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Percubaan memasang slatwall, tak berapa cekap, 3 hari baru siap
Ukuran ruang yang ingin dihasilkan dinding slat dengan cara DIY.
Proses pemasangan mula dilakukan.
Untuk proses ini, ia perlu diletakkan gam supaya lekat. Tape itu sekadar pengukuh sementara tunggu gam kering. Selepas itu, boleh cabut semula.
Pada bahagian atas itu pula, ia menggunakan gam yang sama iaitu maxbond, gam boleh dibeli di Mr.DIY. Dekat Shopee pun ada jual juga.
Proses pemasangan selesai dilakukan.
Inilah keadaan ruang bawah tangga setelah selesai dipasang dinding slat.
Sangat menarik penghasil dinding slat yang dilakukan pada ruang tangga ini. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan inspirasi dan idea kepada pemilik rumah dalam mendekorasikan bahagian ini.
Semoga bermanfaat.