Projek DIY Diamond Mirror Pada Bahagian Dinding

1,810 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki pasangan hidup yang pandai bertukang dan kreatif boleh dikatakan satu kelebihan buat kita sekeluarga. Hal ini kerana, segala ubahsuai dan dekorasi dalaman rumah dapat dilakukan sendiri tanpa perlu mengupah orang.

Selain itu, kos yang dikeluarkan untuk mendekorasikan rumah juga lebih jimat daripada mengupah orang. Perkara tersebut dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nor Aini HS. Beliau dan suami telah berjaya menghasilkan projek DIY diamond mirror pada bahagian dinding rumahnya itu.

Jadi, jom sama-sama kita lihat penghasilan dan cara pemasangan yang dilakukan secara DIY dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek DIY Diamond Mirror Pada Bahagian Dinding

Nasib baik suami serba boleh. Jimat duit dia buat sendiri sahaja. Kita tolong tengok sahaja. Nak siap itu berjam-jam juga.

Bahan dan peralatan yang digunakan. Cermin diamond ini dibeli dari kedai Valoobuy.

DIY Diamond Mirror

Proses pemasangan bingkai dilakukan.

DIY Diamond Mirror

Kerja-kerja pemasangan cermin pada dinding sudah hampir siap dilakukan.

DIY Diamond Mirror

Inilah hasilnya setelah cermin siap dipasang. Walaupun hanya melakukan dengan cara DIY, namun hasilnya tetap cantik dan begitu kemas.

DIY Diamond Mirror
DIY Diamond Mirror

Itu sahaja perkongsian projek diy ruang tamu yang dihasilkan pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada semua pembaca dalam melakukan kerja-kerja DIY Seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down