Pemasangan Kabinet Dapur Mudah Dan Ringkas

540 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penjagaan dapur yang rapi mampu membuatkan dapur sentiasa kemas dan tidak berselerak. Jika dapur rumah terlalu banyak barang, pasti dapur kelihatan agak padat.

Untuk mengatasi masalah barangan dapur yang kelihatan padat, perkara terbaik adalah dengan memasang kabinet gantung pada bahagian dinding dapur.

Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Faiez Rahman. Beliau telah berkongsi mengenai pemasangan kabinet dapur mudah dan ringkas bersama isteri tercinta.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco dapur yang sangat mudah ini. Barangan yang dibeli pula hanya guna barangan dari kedai online sahaja.

Pemasangan Kabinet Dapur Mudah Dan Ringkas

Deco dapur bersama isteri. Pasang, tebuk, kemas dan siap.

Kabinet atas order dari Shopee, ada barang dari IKEA dan juga Mr.Diy. Kabinet bawah itu dulu pakai langsir sahaja, ada modal sikit baru upah orang pasang bawah. Dah 2 tahun baru bikin kabinet atas pula.

Setelah banyak ambil input dan idea facebook, maka kami abadikan sedikit-sedikit deco itu ke hiasan dapur kami.

Walau bagaimanapun, terima kasih atas komen dan beberapa pandangan yang membina ya.

Keadaan dapur sebelum kabinet yang dibeli dari Shopee itu dipasang.

Kabinet Dapur Mudah

Ini adalah kabinet gantung yang akan dipasang pada bahagian dinding ruang dapur ini.

Kabinet Dapur Mudah

Shelf gantung tempat rempah itu beli dekat IKEA. Bekas rempah itu pula beli dari Mr.DIY.

deco dapur lama

Untuk label rempah pula, beliau hanya print di atas kertas A4 dan tampal sahaja.

deco dapur lama

Keadaan ruang dapur setelah selesai diubahsuai.

deco dapur lama

Jelas kelihatan dapur kemas tersusun dengan sangat rapi.

deco dapur lama

Bahagian dari sudut pandangan sisi.

deco dapur lama

Bidai ini pun beli dekat Shopee. Sebelum ini pakai langsir. Bila sudah upgrade dapur, langsir pun dibuka dan digantikan dengan bidai.

deco dapur lama

Semua lampu yang digunakan ini dibeli dari IKEA sahaja.

deco dapur lama

Pandangan dari sudut atas lampu tersebut.

deco dapur lama

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi idea dan inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down