Tahukah anda, cara pasang langsir juga mempengaruhi suasana di dalam rumah. Jika salah pasang boleh menyebabkan kita sendiri tidak selesa dengan keadaan di dalam rumah.
Perkongsian daripada Hidayah Mahadzir berkisarkan tentang bagaimana pemasangan langsir mempengaruhi suasana di dalam rumah.
Kesilapan pertama yang sering dibuat adalah dengan menggantungkan langsir betul-betul di atas tingkap. Ianya akan buatkan ruang anda nampak lebih kecik dan rendah dan juga akan ada 'un-used space' pada dinding.
Sebaliknya, gantung langsir anda pada paling hampir dengan siling atau cornice. Ini untuk membuatkan ruang anda nampak lebih tinggi dan grand.
Kesilapan kedua pula adalah, pasang railing langsir betul-betul mengikut kelebaran tingkap. Cara ini akan menghalang cahaya dan block udara dari masuk.
Kesannya, rumah anda akan rasa gelap, sempit dan berbau kepam. Perkara ini membuatkan kita jadi tidak bersemangat dan malas.
Seeloknya, lebihkan 10-12 inci atau 25-30 cm dari boundry tingkap. Jadi bila buka langsir pada waktu pagi, langsir sudah tidak akan menghalang cahaya dan udara masuk ke dalam rumah.
Hasilnya, dapat membantu tingkatkan kualiti hidup kita sekeluarga sebab suasana dalam rumah lebih selesa.
Sampai di sini sahaja perkongsian dari Giler Deco. Semoga dapat belajar sesuatu dan perolehi manfaat daripada penulisan kali ini.